Adalah dimaklumkan bahawa ancaman keselamatan di United Kingdom dinaikkan pada tahap KRITIKAL pada 15 September 2017. Pelajar-pelajar adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan meningkatkan kewaspadaan di mana saja berada. Sekian harap maklum.

Jika kita padat dengan kesetiaan dan memiliki semangat patriotik, sudah barang tentu perkara.perkara ini tidak mungkin berlaku. Kepentingan Negara tentu sahaja akan diutamakan melebihi daripada kepentingan diri sendiri.Jadi sukalah beta mengingatkan, supaya para penuntut benar-benar bersikap bulat kepada Brunei. Janganlah sumbing atau cacat. Biar kita tetap bulat supaya lebih berkat.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Ireland Utara terdiri daripada penuntut-penuntut dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga di London, United Kingdom pada Hari Ahad, 1 Mei 2011
Salman Al-Farishy, seorang sahabat yang terkemuka, pernah berkata : Apabila seseorang lelaki selalu memohon kepada Allah pada waktu senang, Kemudian dia mengalami kesusahan lalu ia memohon kepada Allah, maka berkatalah Malaikat : (suara ini sudah terkenal, maka tolonglah akan orang yang empunya suara itu). Sebaliknya jika suara tidak dikenal selama ini kecuali dimasa susah, malaikat itu berkata juga, bahawa suaranya tidak pernah dikenali maka tidak usahlah di tolong akan dia.

 

Petikan dari kitab Hadith 40, Karangan Mustafa Abdul Rahman

Articles

Highlights