Permakluman Penting Mengenai Permohonan Untuk Keluar United Kingdom Dan Ireland Untuk Bercuti Atau Sebab-Sebab Sosial Lain
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 10/2017
Kepada: Semua Penuntut-Penuntut Negara Brunei Darussalam yang Menuntut di United Kingdom (UK) dan Ireland
Dengan hormat sukacita merujuk permakluman dan peringatan-peringatan Unit Penuntut-penuntut (UPP) sebelum ini mengenai perkara ini, adalah satu MANDATORY bagi SETIAP pelajar yang berhasrat untuk keluar UK atau Republik Ireland untuk bercuti atau sebab-sebab sosial lain untuk mendapatkan permohonan kebenaran daripada pihak UPP dan juga daripada ibu bapa/penjaga terlebih dahulu, iaitu dengan mengisikan e-form “Holiday Application Form 2016/2017 Ver. 3” yang boleh diisikan menggunakan portal pelajar masing-masing.
Sehubungan dengan itu, sayugia diingatkan kepada semua pelajar perkara berikut:
1) Setiap pelajar dimestikan untuk membawa dan menunjukkan kad Biometric Resident Permit (BRP) bagi pelajar yang menuntut di UK dan Garda National Immigration Bureau (GNIB) bagi pelajar yang menuntut di Ireland semasa membuat urusan dengan pihak Imigresen semasa keluar/masuk UK atau Ireland.
2) Dokumen penting seperti Kad Pengenalan (Brunei) dan juga lesen memandu (Brunei), pelajar adalah dinasihatkan untuk tidak perlu dibawa bersama semasa percutian keluar UK atau Ireland, iaitu bagi menggelakkan keperluan untuk menggantikannya jika terjadi sebarang kecurian nanti. Walau bagaimana pun setiap pelajar adalah dimestikan mengupload salinan kad pengenalan, salinan paspot, BRP atau GNIB kedalam portal pelajar masing-masing.
3) Semua pelajar untuk sentiasa berhati-hati semasa percutian diluar negeri dan memaklumkan kepada Kedutaan Negara Brunei Darussalam (NBD) ketika berada di negera yang dikunjungi dan juga jika terjadi sesuatu yang tidak diingini (sila rujuk Appendix –Senarai Kedutaan NBD di Eropah, USA, Canada dan Africa dan tadahan negera-negara dibawah jagaan Kedutaan NBD).
4) Memaklumkan kepada Pegawai Kesejahteraan UPP (wo@upp.org.org.uk) dengan seberapa segera jika terjadi sebarang musibah semasa percutian di luar UK dan Ireland, dan sentiasa memastikan dokumen-dokumen penting seperti Pasport, BRP dan GNIB, kad kredit adalah sentiasa dalam keadaan selamat.
Unit Penuntut-penuntut juga ingin menasihatkan kepada semua pelajar untuk sentiasa berhati-hati (to be more vigilant) dimana pun berada.
Sekian untuk perhatian dan tindakan semua pelajar mengenainya.
PAUTAN: