PENGANUGERAHAN ELAUN PERUMAHAN (INSENTIF)
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 19/2017
Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan Skim Biasa Kementerian Pendidikan
PENGANUGERAHAN ELAUN PERUMAHAN (INSENTIF) SESI PENGAJIAN 2017/2018
Dengan hormat dan takzim surat Kementerian Pendidikan rujukan: KPE/UB/S/1.4(INSENTIF)/J3 (i) PSP2 bertarikh: 24 Zulkaedah 1438 bersamaan 17 Ogos 2017 berhubung perkara tersebut di atas adalah dengan sendirinya dibatalkan.
Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa Elaun Perumahan (Insentif) bagi penuntut Biasiswa Skim Biasa Kementerian Pendidikan yang mendapat keputusan sebanding kepujian kelas pertama adalah dikekalkan.
Walaubagaimanapun, Unit Penuntut-Penuntut berharap supaya para penuntut tidak akan berputus asa dan akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan pencapaian akademik yang cemerlang serta berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menghulurkan kemudahan-kemudahan biasiswa.
Sekian disampaikan untuk makluman mengenainya.
Wasallam.