Permakluman MBR 2017
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 20/2017 (sila click untuk link)
MBR 2017 PENDAFTARAN (sila click untuk link)
Kepada: Semua Pelajar Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Republik Ireland
MAJLIS BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BERADA
DI UNITED KINGDOM DAN REPUBLIK IRELAND TERDIRI DARIPADA PENUNTUT-PENUNTUT, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG BERTUGAS, BERKURSUS DAN DALAM PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA
Dengan hormat merujuk Permakluman Tuan Yang Terutama, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom bilangan:BHCL:20/8 bertarikh 17 Rabiulawal 1439/ 06 Disember 2017 mengenai perkara tersebut diatas.
Dalam hubungan ini, sukacita memaklumkan bahawa semua pelajar yang menerima biasiswa Kerajaan, Swasta dan Persendirian yang berdaftar di Unit Penuntut-penuntut (UPP) adalah diundang untuk hadir di Majlis tersebut yang akan diadakan Insya Allah seperti berikut:
Tarikh : 28 Rabiulawal 1439H bersamaan17 Disember 2017
Hari : Ahad
Tempat : London Hilton Park Lane Hotel
Sebagai persediaan awal sukacita memohon kerjasama daripada semua pelajar berkenaan untuk membuat pendaftaran dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Secara online yang boleh dilayari dilaman web Unit Penuntut-penuntut di http://mbr.upp.org.uk tidak lewat pada hari Jumaat, 26 Rabiulawal 1439H bersamaan 15 Disember 2017, jam 12.00 tengah malam waktu UK. Kepada para penuntut yang menuntut di United Kingdom dan Republik Ireland yang belum lagi berdaftar dengan UPP, adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan UPP untuk mendapatkan “UPP online login details”.
Manakala bagi ibu bapa atau keluarga pelajar yang kebetulan sedang bercuti di Negara ini adalah diundang untuk menghadiri Majlis tersebut. Mereka adalah dikehendaki juga untuk mendaftar melalui laman web berkenaan dibawah kategori “Bruneian Visitors in the UK”.
Atas kerjasama yang diberikan, saya mewakili Ahli Jawatankuasa Majlis terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.