Surat Permakluman UPP Bil 21-2017 - Photography Competition
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 21/2017
KEPADA : PELAJAR – PELAJAR BERKENAAN
PERKARA: POSTER IKLAN JOURNEY THROUGH THE UK
Dengan hormat sukacita bersama ini disampaikan makluman yang diterima daripada pihak British High Commission di Brunei melalui emel siti.Mahmud@fco.gov.uk mengenai pertandingan fotografi seperti berikut:
Tempoh Pertandingan : 10 Oktober 2017 hingga 10 Januari 2018
Terbuka kepada semua pelajar Brunei Negara Brunei Darussalam yang menuntut di semua universiti dan kolej di United Kingdom.
Penyerahan permohonan anda hendaklah terdiri daripada foto pertandingan bersama dengan penerangan ringkas tidak melebihi 150 perkataan yang menunjukan bagaimana pengalaman pembelajaran di United Kingdom telah membentuk kehidupan anda sebagai seorang kerakyatan Brunei.
Sekian disampaikan untuk makluman dan perhatian para penuntut mengenainya.