Permohonan Untuk Meninggi Tahap Pengajian Sesi 2017/ 2018 Bagi Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Dibawah Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama

01 March 2017

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 07/2017
Kepada: Semua pelajar-pelajar dibawah Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama
Dengan hormat Surat Tawaran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bilangan: JPI/PK4(C)UB/06/2013 bertarikh: 02 Jamadilawal 1438 bersamaan 30 Januari 2017 (diterima UPP pada 21 Februari 2017) sukacita dirujuk.
2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tawaran adalah dibukakan kepada pelajar-pelajar Tahun Akhir dibawah Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama yang sedang mengikuti pengajian di seluruh United Kingdom dan Ireland yang berhasrat untuk meninggi tahap pengajian masing-masing ke peringkat Ijazah Sarjana Lanjutan (Masters dan PhD) serta ikhtisas sama ada di Negara Brunei Darussalam atau di luar negeri bagi sesi akademik 2017/ 2018.
3. Untuk makluman pelajar-pelajar, borang permohonan (Borang A) bagi permohonan Ijazah Masters / PhD hendaklah di hadapkan secara ‘hard copy (scanned)’ dan ‘soft copy (Ms Word)’ berserta dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Unit Penuntut-Penuntut melalui emel kepada academic@upp.org.uk selewat-lewatnya pada 16 Mac 2017.
4. Penuntut-penuntut adalah ditekankan untuk meneliti syarat-syarat permohonan terlebih dahulu dan memastikan borang yang dihantar adalah lengkap dengan salinan dokumen berkaitan disertakan bersama.
5. Unit Penuntut-Penuntut tidak akan bertanggungjawab sekiranya borang-borang yang kurang lengkap tidak diterima atau disahkan oleh Jabatan Pengajian Islam.
6. Syarat-syarat dan borang hardcopy serta softcopy disertakan bersama pemakluman ini (link).
Sekian yang dapat disampaikan untuk makluman dan tindakan mengenainya
“Generasi Berwawasan, Peneraju Kepada Kemajuan Negara “
Wassalam