Australia Awards ASEAN Scholarships
SURAT PEMBERITAHUAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 09/2018
KEPADA: SEMUA PENUNTUT-PENUNTUT TAHUN AKHIR IJAZAH PERTAMA YANG BELAJAR DI UNITED KINGDOM
“Australia Government Awards ASEAN Scholarship”
Dengan hormat sukacita bersama ini diedarkan maklumat yang diterima daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam bertarikh 29 Mac 2018 mengenai perkara di atas.
Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa Puan Yang Terutama, Pesuruhjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam menjemput warganegara ASEAN untuk mengikuti pengajian pascasiswazah (Master Level) yang akan bermula pada sesi pengajian tahun 2019 di salah sebuah institusi pendidikan kelas dunia di Australia.
Untuk makluman bahawa lima puluh anugerah biasiswa yang berprestij akan ditawarkan kepada warganegara ASEAN dan lima (5) anugerah biasiswa berkenaan diperuntukkan bagi warganegara Brunei Darussalam.
Bagi pemohon-pemohon yang berminat, sila rujuk maklumat dan risalah yang disertakan bersama ini dan dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2018.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut mengenai anugerah biasiswa kerajaan Australia ini bolehlah melayari laman web : www.bruneidarussalam.embassy.gov.au
Sekian untuk makluman dan perhatian penuntut-penuntut mengenainya.
Dengan hormat
PAUTAN:
- SURAT PEMBERITAHUAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 09/2018
- SURAT PEMBERITAHUAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 09/2018 - Maklumat dan Risalah