Syarat-Syarat Pemilihan Tinggal Sebagai Penghuni Tetap, Brunei Hall Bagi Sesi Pengajian 2018/2019
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 10/2018
Sukacita menarik perhatian penuntut-penuntut yang berhasrat untuk memohon tinggal di Brunei Hall sebagai Penghuni Tetap bagi sesi pengajian 2018/2019 mengenai perkara tersebut diatas.
Untuk makluman bersama, berikut adalah syarat-syarat pemilihan untuk tinggal sebagai Penghuni Tetap di Brunei Hall:-
A. Syarat-syarat keutamaan:-
- Rakyat dan Penduduk Tetap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning dan merah.
- Bujang.
- Tiada had umur
- Pelajar ‘A’ level, Diploma, HND, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PHD, Program Profesional dibawah Skim Biasiswa Kerajaan: MOE, MOFAT, MORA, DANA, BAS, SBPP, MINDEF, UNISSA dan UBD yang menuntut di Pusat London mengikut kawasan tadahan Brunei Hall (mengikut garis panduan Komiti Brunei Hall).
- Pelajar persendirian yang mengikuti pengajian ‘A’ level, Diploma, Foundation, Diploma HND, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PHD, Program Profesional atau yang sebanding dengannya.
- Penempatan kerja wajib
B. Penuntut-Penuntut yang tidak dapat dipertimbangkan:-
- Pelajar yang mengambil jurusan:
- Tahun Latihan Asas kedoktoran atau Bidang Pakar.
- Latihan Farmasi Perubatan.
- Pelajar yang sudah berkahwin.
Penuntut-Penuntut yang berhasrat untuk memohon tinggal sebagai Penghuni Tetap adalah dikehendaki melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati daripada laman web Unit Penuntut-Penuntut: www.upp.org.uk/forms, disertakan dengan salinan dokumen yang dipohonkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2018 dan bolehlah dihantar melalui emel kepada wn@upp.org.uk
Sekian untuk makluman bersama mengenainya
PAUTAN
- Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bilangan 10/2018
- Borang Permohonan Tinggal Di Brunei Hall Sebagai Penghuni Tetap Sesi September 2019 hingga Ogos 2020
- Unit Penuntut-Penuntut London - PANDUAN KECEMASAN DI BRUNEI HALL LONDON, 35-43 NORFOLK SQUARE W2 1RX
- Brunei Students Unit London - Safety Guidelines Manual for Brunei Hall London 35-47 Norfolk Square London W2 1RX