E-Darussalam Aplikasi SKYPE

02 January 2018

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 01/2018

 Kepada:  Semua Pelajar Brunei Darussalam di United Kingdom dan Ireland

 Per:     Pengesahan Identiti untuk Pengaktifkan Akaun E-Darussalam Menggunakan Aplikasi SKYPE

Dengan hormati sukacita merujuk surat pihak Pusat kebangsaan E-Kerajaan bilangan EGNC/SM/6 bertarikh 24 Safar 1439 bersamaan 13 November 2017 dan laporan minit Ketua Unit Strategik dan Pemantauan bertarikh 31 Oktober 2017 mengenai perkara yang tersebut di atas.

 

  1. Sukacita dikongsikan bahawa akaun E-Darussalam ialah akaun yang digunakan oleh orang awam bagi mengakses e-perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan seperti perkhidmatan ’PSC Recruitment’. Kaedah pengaktifan akaun E-Darussalam pada masa ini adalah secara bersemuka di kaunter-kaunter pengaktifan yang diadakan di dalam negeri semasa waktu pejabat seperti di Jabatan Elektrik seluruh daerah, ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Darat dan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Adalah menjadi keperluan bagi pengaktifan akaun E-Darussalam pengguna berkenaan secara bersemuka untuk membuat pengesahan dengan membawa kad pengenalan pintar bagi langkah keselamatan dan mengelakkan sisiko ancaman ‘online identity theft’ .

 

  1. Sehubungan dengan itu, atas nasihat pihak Keselamatan Dalam Negeri pengguna-pengguna seperti pelajar-pelajar yang berada di luar Negara adalah disarankan untuk membuat pendaftaran atau mengaktifkan akaun E-Darussalam mereka di kaunter-kaunter pengaktifan yang berdekatan terlebih dahulu semasa berada di dalam negeri iaitu semasa bercuti balik di Negara Brunei Darussalam. Dengan cara ini, mungkin dapat mengelakkan dari pengaktifkan akaun e-Darussalam menggunakan video Skype  bagi pengesahan identity pengguna memandangkan aplikasi Skype juga tidak terlepas dar isu-isu keselamatan.

 

  1. Bagi sebarang maklumat lanjut dalam perkara ini, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

 

Nama Pegawai

Emel

No. Telefon Pejabat

No. Telefon Mobile

Dyg Norhasimah binti Hj Abd Latif

Norhasimah.latip@egc.gov.bn

2424955 ext 174

+6738186688

Dyg Nurulain binti Mohd Ali

Nurulain.ali@egc.gov.bn

2424955 ext 175

+6738626891

 

Sekian disampaikan untuk makluman dan apa jua tindakan semua pelajar mengenainya.