Permakluman Bagi Latihan Penempatan Sementara Semasa Cuti Musim Panas 2018
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 03/2018
PEMAKLUMAN BAGI LATIHAN PENEMPATAN SEMENTARA DAN
SUKARELAWAN SEBAGAI PEMBANTU PENGAJAR DI SEKOLAH RENDAH
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMASA CUTI MUSIM PANAS
Sukacita menarik perhatian khususnya pelajar-pelajar Biasiswa kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda yang akan menggunakan kemudahan tambang kerajaan Biennial Leave semasa cuti musim panas Julai hingga September 2018.
- Sebagai salah satu inisiatif Unit Penuntut-Penuntut dan Kementerian Pendidikan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada dunia pekerjaan sebenar bagi penuntut-penuntut yang sedang belajar di United Kingdom, setiap pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda biasiswa kerajaan adalah digalakkan untuk mengikuti latihan penempatan sementara semasa cuti musim panas di Negara Brunei Darussalam sekurang-kurangnya bagi tempoh empat (4) hingga enam (6) minggu.
3. Syarat-syarat mengikuti Latihan Penempatan Sementara adalah seperti berikut:
3.1 Latihan hendaklah di adakan di Negara Brunei Darussalam sahaja sama ada agensi kerajaan ataupun swasta;
3.2 Setiap penuntut perlu mengenalpasti dua (2) buah jabatan/ kementerian/ pertubuhan/ syarikat yang berkaitan dengan kursus yang sedang diikuti;
3.3 Tempoh minima bagi latihan penempatan sementara bagi setiap agensi ialah selama tiga (3) minggu dan menjadikan keseluruhan latihan selama enam (6) minggu atau jika 1 jabatan sahaja latihan penempatan hendaklah dijalankan selama empat (4) ke enam (6) minggu.
3.4 Setiap penuntut yang berhasrat untuk menggunakan kemudahan tambang kerajaan Biennial Leave semasa cuti musim panas hendaklah terlebih dahulu menghadapkan Borang Penempatan Sementara (link).
3.5 Borang Latihan Penempatan Sementara hendaklah dihadapkan melalui UPP Online atau emel ke academic@upp.org.uk selewat-lewatnya pada 10 Februari 2018.
3.6 Pelajar juga dikehendaki menghantar CV bersama dengan Borang Latihan Penempatan
Sementara tersebut.
- Dalam hubungan ini, Unit Penuntut-Penuntut sukacita berharap para penuntut akan mengambil peluang baik ini untuk menimba pengalaman di bidang pekerjaan sebenar walaupun ianya tidak dimestikan. Penuntut-penuntut persendirian juga adalah dialu-alukan untuk menjalani latihan penempatan sementara. Walaubagaimanapun, latihan tersebut nanti adalah juga tertakluk kepada penerimaan dan kuota yang diperuntukkan oleh agensi-agensi yang dipohonkan oleh penuntut.
- Dalam hal berkaitan, sukacita juga memaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui surat Kementerian Pendidikan rujukan: JPLL/A/35[UPP]/J1[42] bertarikh: 15 Syawal 1437 bersamaan 20 Julai 2016 sedang bekerjasama dengan Unit Penggerak, Jabatan Perdana Menteri mengungkayahkan projek kebangsaan menangani pelajar-pelajar sekolah rendah yang lemah dalam “literacy and numeracy”.
Sehubungan itu, penuntut-penuntut tahun 2 yang akan bercuti di tanahair semasa musim panas adalah sangat disarankan untuk terlibat sebagai Pembantu Pengajar (Assistant Teacher) dalam matapelajaran English, Mathematics dan Science untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Penuntut-penuntut yang berminat bolehlah mengisikan Borang Penempatan Sementara sebagai salah satu pilihan penempatan sementara.
Sekian disampaikan untuk perhatian dan tindakan setiap penuntut mengenainya.
Wassalam.
Pautan