Surat Permakluman UPP Bil:2-2018 Pelajar Tahun Akhir Pengajian Ijazah Pertama Sesi 2017/2018
Surat Permakluman UPP Bil 2/2018
Permakluman Untuk Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Pengajian Ijazah Pertama
Sesi 2017/2018
Sukacita merujuk perkara di atas, pelajar-pelajar yang sedang berada ditahun akhir pengajian Ijazah Pertama sesi 2017/2018 adalah diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara berikut.
- Tempahan Tiket Penerbangan
- Penghantaran Barang-Barang Peribadi Melalui Kapal Laut (Shipment) Ke Tanah air
- Melanjutkan Tempoh Tinggal Di United Kingdom
- Melapor Diri ke Unit Penuntut-Penuntut (UPP) sebelum pulang ke tanah air
- Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit) dan Mengulang
- Pembayaran Elaun Sara Hidup dan Elaun Perjalanan
- Urusan Tuntutan Perbelanjaan
- Urusan Melapor Diri di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar boleh merujuk ‘link’ yang berkaitan dengan perkara-perkara yang di atas.
Bagi memastikan proses melapor diri berjalan dengan lancar, sila pastikan semua perkara yang berkaitan telah disediakan lebih awal sebelum datang melapor di UPP (sila rujuk “Jadual Melapor diri dan Checklist untuk melapor diri”).
Seterusnya dipohonkan kerjasama pelajar-pelajar untuk memastikan borang tempahan penerbangan akan dihadapkan tidak lewat dari 28 Februari 2018 dan diemelkan kepada flightbooking@upp.org.uk. Kelewatan menghantar borang boleh menyebabkan kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk tarikh yang dikehendaki. Manakala tempahan untuk penghantaran barang-barang melalui kapal laut ketanah air dibuat satu bulan setengah (1.5) atau 6 minggu daripada tarikh pengambilan dan penghantaran barang-barang dan diemelkan kepada shipment@upp.org.uk.
Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap permakluman ini. Seterusnya pihak UPP juga amat berbesar hati atas kerjasama yang telah diberikan oleh para pelajar di sepanjang pengajian di United Kingdom dan Ireland.
Saya dan seluruh warga kerja Unit Penuntut-penuntut mendoakan agar semua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing dan akan kembali ke tanah air bagi mencurahkan khidmat dan bakti di Negara kita yang tercinta.
“Tanpa Rasuah Negara Aman Damai”
Wassalam
External Links:
- Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bilangan 02/2018
- Flight Reservation Documents for Final Year Student
- Lampiran I (Surat Pengesahan Ibu Bapa Berkunjung ke UK)
- Lampiran II (Surat Pengesahan Ibu Bapa TIDAK Berkunjung ke UK)
- Shipment Form (SAF)
- Jadual Melapor Diri dan Checklist sesi 2017/2018
- Borang D (Borang Melapor Diri)
- Borang Tuntutan Pelajar Tahun Akhir (BTF)
- Lampiran C (Checklist Borang Tuntutan Pembayaran Balik Bagi Pelajar Tahun Akhir)