Memuatnaik Keputusan Peperiksaan 2017/2018 Melalui Upp Online Dan Permohonan Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit Bagi Modul)
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 20/2018
Kepada: Semua Penuntut Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan
Memuatnaik Keputusan Peperiksaan 2017/2018 Melalui Upp Online
Dan Permohonan Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit Bagi Modul)
Dengan hormat sukacita menarik perhatian semua penuntut tahun akhir dan penuntut berterusan Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan berhubung perkara tersebut di atas.
PENUNTUT TAHUN AKHIR SESI 2017/2018
- Sehubungan itu, sukacita di pohonkan kepada semua penuntut tahun akhir yang In Shaa Allah akan menamatkan pengajian sesi 2017/2018 supaya akan dapat memuatnaik keputusan akhir peperiksaan sejurus di perolehi nanti. Transkrip keputusan akhir yang lengkap dengan nama penuh penuntut hendaklah di muatnaik melalui UPP Online masing-masing. Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan melambatkan proses tuntutan (jika ada) yang di buat melalui Unit Penuntut-Penuntut mahupun di tanahair.
- Dalam hal berkaitan, semua penuntut tahun akhir Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan DIMESTIKAN untuk melapor diri ke UPP sebelum balik ke tanahair bagi urusan ‘Clearance’. Waktu pejabat adalah dari hari Isnin hingga Jumaat, 9.30 pagi – 4.30 petang (Cuti Awam – Pejabat ditutup).
PENUNTUT BERTERUSAN SESI 2017/2018
- Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2018/2019 adalah dimestikan untuk memuatnaik Transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui UPP Online selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2018. Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan (tidak akan dapat di prosis) elaun sarahidup dan elaun perjalanan bagi bulan September 2018 (sesi akademik 2018/2019).
MENDUDUKI PEPERIKSAAN MENGULANG / RESIT
- Jika sekiranya mana-mana pelajar tahun akhir atau pelajar berterusan di perlukan untuk menduduki peperiksaan resit (reassessment), pelajar berkenaan hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Mengulang (Resit) dan di emelkan ke academic@upp.org.uk sebelum tarikh peperiksaan mengulang.
Mana-mana tuntutan yang di terima oleh Unit Penuntut-Penuntut bagi yuran peperiksaan mengulang tidak akan di buat pembayaran tanpa kebenaran awal dari UPP dan pelajar hendaklah menanggung pembayaran yuran peperiksaan resit tersebut. Walaubagaimanapun penuntut Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan perlu menanggong perbelanjaan sendiri bagi urusan peperiksaan mengulang/resit.
- Keputusan bagi peperiksaan mengulang lengkap dengan nama penuh hendaklah di muatnaik melalui UPP Online selewat-lewatnya pada 20 September 2018. Pembyaran bagi bulan September 2018 akan dibayar bersama elaun bulan Oktober 2018; setelah keputusan “Resit” (lulus) di terima.
- Di dalam kesempatan ini, Unit Penuntut-Penuntut mendoakan semoga semua pelajar Negara Brunei Darussalam di United Kingdom akan mendapat kejayaan dan seterusnya akan terus mematuhi arahan dan disiplin terutama sekali selaku pemegang Biasiswa kerajaan.
Sekian yang dapat di sampaikan untuk makluman dan perhatian mengenainya.
Wassalam.