PENGANUGERAHAN ELAUN PERUMAHAN (INSENTIF) SESI PENGAJIAN 2017/2018
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 19/2018
Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan Skim Biasa Kementerian Pendidikan
PENGANUGERAHAN ELAUN PERUMAHAN (INSENTIF) SESI PENGAJIAN 2017/2018
Pelajar berterusan di bawah Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negeri yang mendapat Kelas Pertama boleh memohon Elaun Insentif bagi tahun sesi akademik berikutnya (selama satu tahun pengajian) dengan mengisikan borang Permohonan Elaun Insentif dan dihadapkan kepada Pengarah Pengajian melalui emel ke academic@upp.org.uk
- Perkara-perkara yang diperlukan bagi Permohonan Elaun Insentif:
i. Borang Permohonan |
ii. Keputusan Peperiksaan |
iii. Surat Sokongan dan pengesahan daripada universiti bagi Keputusan Kelas Pertama atau sebanding dengan Kelas Pertama |
iv. Sistem Penggredan Universiti (bagi universiti yang tidak menggunakan sistem pengkelasan. |
- Permohonan yang tidak lengkap akan melambatkan proses permohonan.
- Sekian disampaikan untuk makluman dan tindakan para penuntut mengenainya dan di kesempatan ini Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
- Walaubagaimanapun, Unit Penuntut-Penuntut berharap supaya para penuntut tidak akan berputus asa dan akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan pencapaian akademik yang cemerlang serta berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menghulurkan kemudahan-kemudahan biasiswa.
Sekian untuk makluman dan perhatian, Wassalam.