Kerja-Kerja Pengubahsuaian Bangunan Asrama Lelaki Brunei Hall

31 May 2018

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL   17/2018

 

KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN ASRAMA LELAKI BRUNEI HALL 45-47 NORFOLK SQUARE PADDINGTON

 

Sukacita menarik perhatian semua penuntut-penuntut bahawa kerja-kerja pengubahsuaian bangunan asrama lelaki Brunei Hall akan bermula pada 4hb Jun 2018 dan dijangka selesai pada 20hb November 2018.

Oleh yang demikian penuntut-penuntut penghuni tetap lelaki akan berpindah sementara ke tingkat 2 dan tingkat aras bawah di bangunan asrama perempuan semasa projek ini dijalankan.

Impak kepada projek pengubahsuaian ini akan menyebabkan bilik-bilik persinggahan (transit) akan menjadi terhad yang mana bilik-bilik hanya akan diperuntukan kepada pelajar-pelajar yang sangat memerlukan atas alasan urusan-urusan rasmi atau sebagainya sepanjang projek ini dijalankan. Untuk makluman semua penuntut-penuntut baki bilik-bilik yang diperuntukkan untuk persinggahan (transit) adalah seperti berikut:-

Bilik Transit

Jumlah bilik

Jumlah kapasiti

Lelaki

6

24

Perempuan

3

12

Jumlah Keseluruhan

9

36

Brunei Hall akan menggunakan sistem ‘first come first serve’ dan penuntut mestilah memohon melalui emel kepada wn@upp.org.uk dan bhreception2@upp.org.uk serta menyatakan alasan-alasan yang munasabah. Pihak Brunei Hall akan memberikan maklum balas samaada permohonan ini dibenarkan atau sebaliknya. Penuntut ini sahajalah yang akan diberikan kebenaran untuk tinggal di Brunei Hall secara transit tertakluk kepada kekosongan. Penuntut yang bercadang untuk tinggal di Brunei Hall secara ‘walk-in’ tidak akan dilayan.

Jika penuntut sudah diberikan kebenaran untuk tinggal di Brunei Hall akan tetapi bercadang untuk membatalkan permohonan tersebut hendaklah mengemel semula kepada pihak Brunei Hall untuk memaklumkan perkara ini kerana jika tidak ada makluman diberikan atas pembatalan tersebut penuntut itu akan disenarai hitamkan (black-list) untuk tinggal di Brunei Hall di masa akan datang.

Jika pelajar bercadang untuk tinggal bersama dengan penghuni tetap Brunei Hall, setiap penuntut penghuni tetap hanya dibenarkan untuk membawa seorang penuntut persinggahan sahaja untuk tinggal bersama dan ini juga tertakluk kepada kebenaran penuntut penghuni tetap itu sendiri. Borang kebenaran tinggal bersama penghuni tetap boleh dimuat turun melalui laman sesawang Unit Penuntut-Penuntut www.upp.org.uk.

Dalam hal ini sukacita Unit Penuntut-Penuntut ingin mengingatkan semua penuntut untuk membuat perancangan dengan baik dan memikirkan untuk tinggal di Brunei Hall jika perlu sahaja bagi mengelakkan kesulitan untuk mencari tempat tinggal jika Brunei Hall sudah penuh. Pihak Unit Penuntut-Penuntut tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya penuntut tidak mempunyai tempat tinggal disebabkan Brunei Hall tidak mempunyai tempat.  

Sekian untuk makluman dan tindakan bersama mengenainya.

PAUTAN