MEMUATNAIK BORANG PERMOHONAN BAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN (RESIT)
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 18/2018
Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan
MEMUATNAIK BORANG PERMOHONAN BAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN (RESIT)
Sukacita menarik perhatian semua penuntut berhubung perkara tersebut di atas.
- Selaras dengan fungsi utama Unit Penuntut-Penuntut untuk memastikan kemajuan akademik dan kesejahteraan semua penuntut di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland terutama kepada penerima Biasiswa kerajaan dan penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan untuk menghadapkan / memuatnaik borang tersebut jika dikehendaki menduduki peperiksaan ulangan (Resit) melalui UPP online portal masing-masing bagi mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran elaun biasiswa bulanan sebelum 31 Julai 2018.
- Sila hadapkan permohonan ini bersama dengan dokumen-dokumen yang berikut:
a)Salinan keputusan peperiksaaan
b) Surat/dokumen dari universiti yang membenarkan pelajar menduduki peperiksaan ulangan (resit)
c) Jika menduduki peperiksaan di tanahair, sila sertakan surat kebenaran dari university.
- Sayugia jua diingatkan kepada setiap penuntut yang mempunyai sebarang masalah akademik mahupun kesejahteraan supaya akan terus menghubungi mana-mana pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan tidak membiarkan sehingga masalah menjadi lebih serius yang mana boleh menjejaskan prestasi akademik terutama apabila menjelang peperiksaan akhir tahun.
- Sila ambil perhatian bahawa Unit Penuntut Penuntut di London sedia membantu dalam apa jua cara yang kita boleh, sama ada secara akademik atau peribadi.
Akhirnya, di doakan semoga semua penuntut-penuntut Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan berjaya menimba ilmu dan sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.
Sekian. Wassalam
PAUTAN
Surat Pemakluman Unit Penuntut-Penuntut Bil:18/2018
Borang Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit Exam)