Pelajar diikatjanji sebagai Pendidik
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 16/2018
Kepada: Semua Penuntut Biasiswa Kerajaan yang dijangka menamatkan pengajian pada akhir sesi 2017/2018 dan diikatjanji sebagai Pendidik
Dengan ini sukacita di maklumkan kepada Penuntut-Penuntut Biasiswa Kerajaan Tahun Akhir pengajian kursus Ijazah Pertama yang diikatjanji sebagai Pendidik adalah dikehendaki untuk mengikuti kursus Master of Teaching (MTeach) di Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam sesi Januari 2019 selama 18 bulan sebagai satu pilihan wajib. Kursus Master of Teaching hanya ditawarkan (sekali sahaja) pada setiap bulan Januari setiap tahun.
Cara-cara permohonan adalah seperti berikut:
- Mengisikan Borang Meninggi Tahap (Master of Teaching) yang boleh didapati daripada laman web http://www.ubd.edu.bn
- Memohon terus secara online application melalui laman web: http//apply.ubd.edu.bn/orbeon/uis-welcome/ dan klik Graduate Degree dan pilih di dalam kotak First Choice Scroll di bawah sekali “Master of Teaching” (UBD tidak akan memproses permohonan yang dihantar secara hardcopy iaitu yang bukan dibuat secara online);
- Tarikh tutup bagi pendaftaran secara online bagi Master of Teaching sesi Januari 2019 ialah pada 31 Julai 2018.
- Penuntut berkenaan adalah disarankan untuk melawati laman web UBD secara konsisten bagi tarikh permohonan dibukakan.
Sehubungan itu, mana-mana permohonan meninggi tahap yang diterima daripada penuntut tahun akhir Ijazah Pertama yang diikatjanji sebagai Pendidik yang memohon kursus selain daripada kursus Master of Teaching di Universiti Brunei Darussalam kemungkinan tidak akan dipertimbangkan.
Sekian disampaikan untuk makluman mengenainya.
“ Kesederhanaan Membawa Berkat“
Wassalam
PAUTAN