Memohon/Membaharui Kontrak Sewa Rumah Sesi 2018/2019
19 March 2018
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 8/2018
Kepada: Penuntut-Penuntut Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP)
Per: Memohon/Membaharui Kontrak Sewa Rumah Bagi Sesi 2018/2019
SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA-PERKARA YANG BERIKUT:
- Penuntut-penuntut yang berhasrat untuk memohon atau menyambung kontrak sewa rumah dengan ejen-ejen sewa rumah di United Kingdom dikehendaki memastikan membaca dengan teliti akan syarat-syarat yang tertera didalam kontrak tersebut sebelum ditandatangan.
- Penuntut-penuntut adalah juga diingatkan bahawa pihak UPP tidak memberikan ‘Advance Allowance’ (kecuali penuntut baru) untuk pembayaran penyambungan kontrak sewa rumah. Oleh yang demikan, penuntut-penuntut dinasihatkan untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi tujuan penyambungan sewa rumah sebelum tamat kontrak.
- Bagi penuntut-penuntut Tahun Akhir sesi 2018/2019, mereka hendaklah memastikan kontrak sewa rumah adalah sehingga tarikh rasmi mereka dijangka menerima keputusan peperiksaan. Perlu dingatkan bahawa penuntut-penuntut tahun akhir hanya akan dihulurkan elaun sara hidup dan perjalanan sehingga selepas satu (1) bulan daripada tarikh rasmi keputusan peperiksaan dikeluarkan atau mulai tarikh kepulangan penuntut ke tanah air jika balik awal dari tarikh tersebut. Sila klik link di bawah ini untuk keterangan lebih lanjut mengenai penuntut tahun akhir.
Sekian untuk makluman bersama mengenainya.
Wassalam