Permakluman Untuk Semua Pelajar Biasiswa Kerajaan Yang Belajar di UK dan Ireland Yang Mengikuti Kursus Tahun Akhir Sarjana Lanjutan (Postgraduate) Sesi Pengajian 2017/2018
Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bilangan 13/2018
Sukacita merujuk perkara di atas, pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Tahun Akhir Sarjana Lanjutan (Postgraduate), untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara berikut:
- Tempahan Tiket Penerbangan
- Penghantaran Barang-Barang Peribadi Melalui Kapal Laut (Shipment) Ke Tanahair
- Melanjutkan Tempoh Tinggal Di United Kingdom (UK) dan Eire.
- Melapor Diri ke Unit Penuntut-penuntut(UPP) sebelum pulang ke tanah air
- Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit) dan Mengulang
- Pembayaran Elaun Sara Hidup dan Elaun Perjalanan
- Urusan Tuntutan Perbelanjaan
- Urusan Melapor Diri Di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan
- Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar boleh merujuk ‘link’ yang berkaitan dengan perkara-perkara yang di atas.
Sukacita dipohonkan kerjasama pelajar-pelajar untuk memastikan borang tempahan penerbangan akan dihadapkan tidak lewat dari 28 Mei 2018 dan emailkan terus kepada flightbooking@upp.org.uk. Kelewatan menghantar borang boleh menyebabkan kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk tarikh yang dikehendaki.Manakala tempahan untuk penghantaran barang-barang melalui kapal laut ketanah air dibuat satu bulan setengah(1½) bulan atau 6 minggu daripada tarikh collection penghantaran barang-barang dan emailkan terus kepada shipment@upp.org.uk (sila rujuk tatacara terkini mengenai penghantaran barang-barang melalui kapal laut).
Bagi memastikan proses melapor diri berjalan dengan lancar, sila pastikan semua perkara yang berkaitan telah disediakan lebih awal sebelum datang melapor ke Unit Penuntut-penuntut.Manakala, semua keputusan akhir hendaklah di upload ke UPP Online portal masing-masing sejurus saja diperolehi.
Akhirnya Unit Penuntut-penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap permakluman ini.Seterusnya pihak Unit Penuntut-penuntut juga amat berbesar hati atas kerjasama yang telah diberikan oleh para pelajar di sepanjang pengajian di UK dan Ireland ini.
Saya dan seluruh warga kerja Unit Penuntut-penuntut mendoakan agar semua pelajarakan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing dan akan kembali ke tanahair bagi mencurahkan khidmat dan bakti di Negara Brunei Darussalam kita yang tercinta.
“Keluargaku, Harapanku”
PAUTAN:
- Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bilangan 13/2018
- Flight Reservation Documents for Final Year Student
- Lampiran I (Surat Pengesahan Ibu Bapa Berkunjung ke UK)
- Lampiran II (Surat Pengesahan Ibu Bapa TIDAK Berkunjung ke UK)
- Shipment Form (SAF)
- Jadual Melapor Diri dan Checklist sesi 2017/2018
- Borang D (Borang Melapor Diri)
- Borang Tuntutan Pelajar Tahun Akhir (BTF)
- Lampiran C (Checklist Borang Tuntutan Pembayaran Balik Bagi Pelajar Tahun Akhir)