Waktu Bekerja Pejabat UPP Disepanjang Bulan Ramadhan 1439H
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 15/2018
Kepada : Semua Penuntut-Penuntut Negara Brunei Darussalam Di United Kingdom Dan Eire
Waktu Bekerja Pejabat Unit Penuntut-Penuntut, London Di Sepanjang Bulan Ramadhan 1439H
Sukacita merujuk Surat Permakluman Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, London bilangan 02/2018 bertarikh 03 Mei 2018 mengenai perkara tersebut di atas.
Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa waktu bekerja Pejabat Unit Penuntut-Penuntut, London di sepanjang Bulan Ramadhan 1439H/2018M adalah bermula dari jam 09.30 pagi hingga 03.00 petang (tanpa rehat makan tengah hari).
Sekian untuk makluman dan perhatian penuntut-penuntut sekalian.
“SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN”
Wassalam,
PAUTAN
Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bil 15/2018