International Postgraduate Scholarship, Master of Science in Finance (FinTech and Financial Analytics).
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 24 / 2019
KEPADA: SEMUA PENUNTUT-PENUNTUT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
YANG BELAJAR DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND
PER:International Postgraduate Scholarship, Master of Science in Finance (FinTech and Financial Analytics).
Sukacita bersama ini diedarkan maklumat yang diterima daripada Kementerian Pendidikan melalui emel yang bertarikh 1 Mei 2019 bersamaan dengan 25 Sya’ban 1440H yang mengedarkan permakluman dari Hong Kong Baptist University, Hong Kong yang menjemput warga Negara Brunei Darussalam bagi biasiswa “International Postgraduate Scholarship kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus Master of Science in Finance (FinTech and Financial Analytics).”
Bagi Penuntut-Penuntut yang berminat untuk mendapatkan biasiswa tersebut bolehlah melayari laman sesawang seperti dibawah untuk mengetahui kursus tersebut dengan lebih lanjut.
http://mscfinance.hkbu.edu.hk/fintech-analytics/
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun 2019.
Sekian untuk makluman dan perhatian penuntut-penuntut sekalian.
Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN: