Kenaikan Elaun Sara Hidup Bagi Pelajar Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama Di United Kingdom Dan Ireland

08 July 2019

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 28/2019

 

KEPADA:

SEMUA PELAJAR BIASISWA KERAJAAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND

 

PER:

Kenaikan Elaun Sara Hidup Bagi Pelajar Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama Di United Kingdom Dan Ireland

 

 

Dengan hormat sukacita merujuk surat memorandum daripada Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bilangan:JPI/PK4(C)UB/43/2013 bertarikh 1 Zulkaedah 1440H bersamaan 4 Julai 2019 mengenai perkara diatas.

 

Oleh yang demikian, pembayaran bagi kenaikan ini akan dilaksanakan pada 1 Ogos 2019 manakala elaun bagi bulan Januari 2019 akan dibuat secara kebelakangan (arrears backdated).

 

Dalam perkara ini, Unit Penuntut-Penuntut ingin mengingatkan dan menasihatkan para pelajar agar menghargai usaha pihak kerajaan menaikkan elaun sara hidup tersebut dan menggunakannya dengan bijak dan berhemah dan bukannya untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah atau manfaat seperti jua dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Disamping itu, para pelajar perlu kekal memiliki semangat patriotisme, termasuk tidak mungkir janji untuk berkhidmat kepada negara setelah tamat pengajian nanti.

 

Sekian disampaikan.

Wassalam.

 

PAUTAN: