Kenaikan Elaun Sara Hidup Bagi Pelajar Biasiswa MOE DANA dan BAS di UK dan Ireland
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 02/2019 - (sila klik)
Dengan hormat sukacita merujuk surat memorandum daripada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan bilangan: KPE/UB/S/2:4 [2019]J1 bertarikh 3 Jamadilawal 1440 bersamaan 9 Januari 2019 mengenai perkara diatas. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan maklumat bagi kadar kemudahan elaun bagi Biasiswa Kementerian Pendidikan, Biasiswa DANA Sumber Manusia, dan Biasiswa Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, pembayaran bagi kenaikan ini akan dilaksanakan pada 1 Februari 2019 manakala elaun bagi bulan Januari 2019 akan dibuat secara kebelakangan (arrears backdated). Dalam perkara ini, Unit Penuntut-Penuntut ingin mengingatkan dan menasihatkan para pelajar agar menghargai usaha pihak kerajaan menaikkan elaun sara hidup tersebut dan menggunakannya dengan bijak dan berhemah dan bukannya untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah atau manafaat seperti jua dititiahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Disamping itu, para pelajar perlu kekal memiliki semangat patriotisme, termasuk tidak mungkir janji untuk berkhidmat kepada negara setelah tamat pengajian nanti. Sekian disampaikan. Wassalam.
|