Majlis Bersama Rakyat Dan Penduduk NBD Yang Berada Di UK bagi Semua Penuntut, ........

30 November 2019

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 38/2019

                                             < sila klik >

 

Kepada:           Semua Pelajar, Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam di United Kingdom        

Majlis Bersama Rakyat Dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada Di United Kingdom terdiri Daripada Penuntut-Penuntut, Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Bertugas, Berkursus Dan Dalam Percutian Bersama Keluarga

 

Dengan hormat merujuk Permakluman Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom bilangan: BHCL:20/8 bertarikh 03 Rabiulakhir 1441/ 30 November 2019 mengenai perkara tersebut diatas.

 

Dalam hubungan ini, sukacita memaklumkan bahawa semua pelajar yang menerima biasiswa Kerajaan, Swasta dan Persendirian yang berdaftar di Unit Penuntut-Penuntut adalah diundang untuk hadir di Majlis tersebut yang akan diadakan Insya Allah seperti berikut:

 

    Tarikh    :        25 Rabiulakhir 1441H bersamaan 22 Disember 2019

    Hari        :        Ahad

    Tempat :         London Hilton Park Lane Hotel

 

Sebagai persediaan awal sukacita memohon kerjasama daripada semua pelajar berkenaan untuk membuat pendaftaran dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Secara online yang boleh dilayari dilaman web Unit Penuntut-penuntut di mbr.upp.org.uk bermula pada Hari Sabtu, 3 Rabiulakhir 1441 bersamaan 30 November 2019 dan berakhir pada hari Jumaat, 23 Rabiulakhir 1441H bersamaan 20 Disember 2019, jam 12.00 tengah malam waktu United Kingdom

kepada para penuntut yang menuntut di United Kingdom yang belum lagi berdaftar dengan Unit Penuntut- Penuntut, adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Unit Penuntut-Penuntut  untuk mendapatkan “UPP online login details”. 

 

Manakala bagi ibu bapa atau keluarga pelajar yang kebetulan sedang bercuti di United Kingdom adalah diundang untuk menghadiri Majlis tersebut. Mereka adalah dikehendaki juga untuk mendaftar melalui laman web berkenaan dibawah kategori Bruneian Visitors in the UK”.

 

Atas kerjasama yang diberikan, saya mewakili Ahli Jawatankuasa Majlis terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

               

Memeduli Warga Emas Kewajipan Semua

 

 

 

Pg Ali Shafie bin Pg Haji Abas

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut