MAKLUMAN MENGENAI PENGIKTIRAFAN SIJIL DAN TRANSKRIP KELULUSAN DARI UNITED KINGDOM DAN IRELAND

08 July 2019

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 27/2019  

 

Kepada:          
Semua Pelajar Tahun Akhir Yang Menamatkan Kursus Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana Muda, PhD dan kursus-kursus yang lain.
     
MAKLUMAN MENGENAI PENGIKTIRAFAN SIJIL DAN TRANSKRIP KELULUSAN DARI UNITED KINGDOM DAN IRELAND    
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Penuntut-Penuntut telah menerima makluman dari Pejabat Urusetia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam pada 8 Julai 2019 mengenai perkara di atas.   
Adalah diingatkan bahawa semua pelajar-pelajar yang akan menamatkan apa jua kursus dan kelayakan di United Kingdom dan Ireland pada sesi akademik 2019 untuk mendapatkan salinan asal sijil dan transkrip yang terkini (final and original copy of certificate and transcript) sebelum balik ke tanahair.
  
Untuk makluman, Pejabat Urusetia MKPK telah mengalami kesulitan dalam proses pengiktirafan sijil-sijil tersebut, yang mana sebilangan graduan tidak memberikan salinan asal sijil atau transkrip. Surat Pengiktirafan dari Pejabat Urusetia MKPK adalah penting kerana dokumen ini akan dimuatnaik ke portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi urusan-urusan permohonan pekerjaan, samaada dengan jabatan-jabatan Kerajaan ataupun swasta. Perlu diketahui juga, sijil-sijil yang telah disahkan oleh MKPK adalah salah satu syarat permohonan pekerjaan pada masa ini.
  
Diingatkan juga adalah menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar untuk menuntut salinan asal sijil dan transkrip terkini dari universiti masing-masing. Sijil dan transkrip yang asal adalah hak semua graduan dan tidak memerlukan apa-apa bayaran untuk mengeluarkannya. Adalah dipohonkan agar semua pelajar akan mendapatkan sijil dan transkrip masing-masing sebelum berangkat pulang ke Negara Brunei Darussalam.   Sekian untuk makluman dan perhatian bersama mengenainya.  
  
Mensyukuri Kepimpinan Raja Yang Laila, Adil, Dan Saksama
Wassalam   
 Rahimah Hj Mohiddin 
 Pemangku Pengarah Pengajian 
 Unit Penuntut-Penuntut London   
 
PAUTAN