Memberhentikan Elaun Perumahan Bagi Pelajar-Pelajar Cemerlang

02 July 2019

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 26 / 2019

Kepada:      Semua Penuntut-Penuntut Negara Brunei Darussalam Yang Belajar

                  Di United Kingdom Dan Ireland

 

Memberhentikan Elaun Perumahan Bagi Pelajar-Pelajar Cemerlang

Dengan hormat sukacita merujuk kebenaran dari Kementerian Pendidikan melalui memorandum bilangan KPE/UB/S/13[DASAR]\J4 bertarikh 4 Rejab 1440 bersamaan 11 Mac 2019 dan Mesyuarat EEM (Education Executive Meeting) kali ke 12/2019 yang diadakan pada hari isnin, 4 Mac 2019 bagi membincangkan perkara di atas.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bermula sesi pengajian 2019/2020 pada Ogos 2019 ini, insentif berupa Elaun Perumahan sebanyak B$300.00 bagi pelajar-pelajar cemerlang diberhentikan bagi semua negara terhadap:

  1. Pelajar-pelajar di bawah Skim Dana Sumber Manusia (DANA)
  2. Pelajar-pelajar di bawah Skim Biasiswa Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam (BPPB)
  3. Insentif bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (First Class bagi Tahun 1 dan Tahun 2 pengajian)

Walaubagaimanapun bagi pelajar-pelajar cemerlang yang sedang menerima insentif tersebut pada sesi pengajian mereka masa ini adalah masih dikekalkan.

Sekian disampaikan untuk makluman mengenainya.

PAUTAN