Memuatnaik Keputusan Peperiksaan 2018/2019 Melalui UPP Online Portal

09 September 2019

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 34 / 2019(PERINGATAN KEDUA)

     

KEPADA:      Penuntut Berterusan (Continuing Students) Di Bawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan. 
  
MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2018/2019 MELALUI UPP ONLINE PORTAL  
 
Dengan hormat sukacita menarik perhatian semua penuntut berterusan (continuing students)  dibawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan berhubung perkara tersebut di atas.
  
SEMUA PENUNTUT BERTERUSAN SESI 2018/2019  
 
Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2019/2020 atau seterusnya adalah dimestikan untuk memuatnaik Transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui UPP Online Portal selewat-lewatnya 15 September 2019. Kegagalan/kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan prosis pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.  
   
PERINGATAN! 
Mana-mana pelajar yang gagal memuatnaik keputusan peperiksaan selepas 15 September 2019, maka
  
1.   elaun-elaun akan digantung.
  
2.  Financial Guarantee Letter (FGL) tidak akan diberikan untuk melanjutkan tahun pengajian seterusnya sehingga keputusan dihantar ke UPP.
 
Sekian. Wassalam
 
PAUTAN: