MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2018/2019 MELALUI UPP ONLINE PORTAL
29 July 2019
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 29 / 2019
Kepada: Semua Penuntut Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan Skim Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan
MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2018/2019 MELALUI UPP ONLINE PORTAL
Dengan hormat sukacita menarik perhatian semua penuntut tahun akhir dan penuntut berterusan dibawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan berhubung perkara tersebut di atas.
PENUNTUT TAHUN AKHIR SESI 2018/2019
- Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada semua penuntut tahun akhir yang Inshaa Allah akan menamatkan pengajian sesi 2018/2019 supaya akan dapat memuatnaik keputusan akhir peperiksaan sejurus diperolehi nanti TIDAK LEWAT PADA 15 OGOS 2019. Transkip keputusan akhir yang lengkap dengan nama penuntut hendaklah dimuatnaik melalui UPP Online masing-masing. Kegagalan/kelambatan memuatnaik transkip masing-masing akan melambatkan proses tuntutan (jika ada) yang dibuat melalui Unit Penuntut-Penuntut mahupun di tanahair.
- Dalam hal berkaitan, semua penuntut tahun akhir Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan DIMESTIKAN untuk melapor diri ke UPP sebelum balik ke tanahair bagi urusan ‘clearance’. Waktu pejabat adalah dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9:30 Pagi hingga 4:30 Petang sahaja (Pejabat ditutup pada hari-hari cuti awam)
PENUNTUT BERTERUSAN SESI 2018/2019
- Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2019/2020 atau seterusnya adalah dimestikan untuk memuatnaik Transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui UPP Online Portal selewat-lewatnya pada 15 September 2019. Kegagalan/kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan proses pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.
Sekian. Wassalam.
PAUTAN