PELAJAR-PELAJAR BIASISWA KERAJAAN YANG BERKELAYAKAN MENERIMA TAMBANG BIENNIAL LEAVE
02 April 2019
PERMAKLUMAN BAGI PELAJAR-PELAJAR BIASISWA KERAJAAN YANG BERKELAYAKAN MENERIMA TAMBANG BIENNIAL LEAVE
Dengan ini sukacita merujuk kepada surat yang diterima dari Bahagian Biasiswa (No. rujukan: KPE/UB/S/13[DASAR]\j4) bertarikh 26 Mac 2019 serta berpandukan Buku Aturan-Aturan Dan Peraturan-Peraturan Dermasiswa Keluar Negeri mengenai dengan penggunaan tambang kelayakan Biennial Leave bagi pelajar-pelajar Biasiswa Kerajaan.
Sukacita ditekankan bahawa pelajar Biasiswa Kerajaan dan pelajar yang di bawah Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) yang akan menggunakan tambang kelayakan hendaklah membuat tempahan melalui wakil Kerajaan di negara pengajian. Mana-mana pelajar yang membuat tempahan sendiri tidak akan dipertimbangkan untuk pembayaran balik ke atas perbelanjaan tersebut.
Pelajar yang berhasrat untuk menangguhkan tambang kelayakan hendaklah terlebih dahulu menghadapkan surat permohonan ke pihak Unit Penuntut-Penuntut, London dan menyatakan alasan/sebab-sebab menangguhkan tambang kelayakan. Tarikh tutup permohonan bagi yang berkelayakan pada sesi akademik 2018/2019 ini hendaklah dihadapkan tidak lewat dari 30 April 2019.
Sehubungan itu dipohonkan agar semua pelajar yang berkenaan akan mengambil maklum mengenai perkara ini.
Sekian disampaikan.
Wassalam
Pg Ali Shafie bin Pg Hj Abas
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London.
PAUTAN: