Pelajar Tahun Akhir Kursus Perubatan Dan Akan Menjalani Latihan FY1 & FY2 Sesi 2019/2020

17 May 2019

 

Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut bilangan 12/2019

Kepada:          Pelajar Tahun Akhir Kursus Perubatan Yang Tamat Pengajian Dan Akan Menjalani Latihan Foundation Year 1 & Year 2 Pada Sesi 2019/2020

 

 A) STATUS AKADEMIK

 

 

  1. Mengikut dasar yang berjalan pada masa ini, pelajar Tahun Akhir seperti di atas adalah diarah untuk:-

 (a) Melapor diri di Unit Penuntut-Penuntut London dan Bahagian Biasiswa sebaik sahaja menamatkan pengajian kursus tersebut dalam tempoh seminggu setelah berada di Negara Brunei Darussalam;

 (b) Menyerahkan Borang D semasa melapor diri dan membawa salinan sijil dan transkrip untuk rekod Bahagian Biasiswa; dan

 (c) Memaklumkan jika menerima tawaran untuk menjalani latihan Foundation Year 1 & 2 di United Kingdom.

 

  1. Selanjutnya, setiap bakal graduan perubatan yang telah mendapat tawaran (lebih awal sebelum balik untuk meneruskan latihan ke peringkat Foundation Year (2 tahun) di United Kingdom dan Ireland mestilah terlebih dahulu menghadapkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalani latihan tersebut kepada pihak UPP dengan menyertakan dokumen relevan berikut:-

 i.  Surat Memohon Pelanjutan Biasiswa Untuk Menjalani latihan Foundation Year 1 & 2

ii. Keputusan peperiksaan akhir tahun dan transkrip keputusan terkini;

iii. Surat Penerimaan Latihan (Letter of Acceptance for Training) / Surat Tawaran Latihan (Offer Letter for Training) yang lengkap dengan nama latihan, tempoh (mula & tamat) dan tempat latihan.

iv. Salinan surat kontrak bagi perkara (iii);

v. CV lengkap dengan status kelamin terkini

vi) Salinan Pasport yang masih sah (untuk Financial Guarantee)

 

 

  1. SURAT KEBENARAN akan dimaklumkan sebaik sahaja mendapat ketetapan dari Kementerian Pendidikan. Pelajar perubatan yang telah mendapat kebenaran adalah diarah untuk:-

 i. Membuat proses lazim seperti memperbaharui visa, tempahan tiket untuk menjalani FY1 (berada di tanah air & telah melapor diri)

 

dan

 ii. Mendaftar dengan memasukkan maklumat terkini ke dalam Student Portal UPP bagi sesi 2019/2020.

 

Setelah memulakan latihan, graduan perubatan adalah dikehendaki untuk:-

 iii. Memberikan salinan surat perjanjian bersama pihak hospital; dan

 iv. Mengemas kini status latihan setiap penghujung tahun latihan kepada pihak UPP London dan Bahagian Biasiswa

 

  1. Mengikut dasar yang berjalan pada masa ini, kebenaran yang diberikan tidak akan diambil kira sebagai penganugerahan baru dan seterusnya tidak berkelayakan untuk menerima kemudahan seperti pelajar yang baru menerima penganugerahan Biasiswa.

 

  B) KEMUDAHAN TAHUN AKHIR BAGI PELAJAR PERUBATAN

 i. Kemudahan Penghantaran Barang-Barang Peribadi:

 

Kelayakan pengiriman  barang-barang peribadi hanya diberikan sekali sahaja  disepanjang tempoh pengajian mengikut penganugerahan biasiswa.

      (a) Pelajar yang surat penganugerahannya tidak termasuk 2 tahun Foundation Years akan menerima kemudahan penghantaran barang selepas tamat kursus Ijazah Pertama dan juga selepas tamat FY2, sekiranya menyambung pengajian setelah tamat kursus Ijazah Pertama;

 (b) Pelajar yang surat penganugerahannya termasuk 2 tahun Foundation Years (package) akan menerima kemudahan penghantaran barang setelah tamat FY2 jika pelajar mengikuti Program Foundation Year di negara pengajian sebelumnya.

 ii. Kemudahan Tambang:

 a) Tambang satu hala ke Brunei, akan dihulurkan kepada pelajar setelah menamatkan pengajian Ijazah Pertama Perubatan.

 b) Sekiranya pelajar lulus dan mendapat tempat untuk meneruskan latihan foundation, tiket satu hala ke United Kingdom akan dihulurkan. Urusan tempahan tiket satu hala ke United Kingdom akan dilakukan melalui Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan.

 

 C) PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN (RESIT) DAN PELAJAR YANG MENGULANG TAHUN PENGAJIAN (REPEAT)

 i. Pelajar yang gagal tetapi diberi peluang oleh pihak universiti untuk menduduki peperiksaan ulangan (re-sit) adalah dinasihatkan untuk berada di United Kingdom sehingga keputusan peperiksaan ulangan diumumkan;

 a) Pelajar hendaklah memohon kebenaran kepada Unit Penuntut-Penuntut secepat yang mungkin dengan mengisikan Borang Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (RESIT) yang boleh didapati daripada laman web upp.org.uk;

 b) Jika pelajar tidak ada memohon kebenaran awal untuk menduduki peperiksaan ulangan, kos pembayaran peperiksaan resit adalah di atas tanggungan pelajar sendiri;

 ii. Pelajar-pelajar yang gagal pengajian dan perlu mengulang (repeat) hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Pengarah Pengajian, Unit Penuntut-Penuntut untuk tindakan selanjutnya dengan mengemukakan dokumen berikut:-

 i. Surat Permohonan Untuk Mengulang Pengajian dengan menyatakan sebab gagal dan cara mengatasi kegagalan;

ii Surat sokongan / kebenaran universiti beserta maklumat tempoh mengulang

iii. Laporan Akademik (Sulit) – peratus kehadiran, sikap terhadap pengajian & kemampuan untuk menamatkan kursus

iv. Transkrip keputusan sebelumnya.

 

Elaun sarahidup dan elaun perjalanan semasa tempoh mengulang hanya akan dibayar sekiranya mendapat kebenaran mengulang tahun pengajian daripada Kementerian Pendidikan. 

 D) PULANG KE TANAH AIR

 

Semua Pelajar yang pulang bercuti sama ada atas tambang Kerajaan (Biennial Leave) atau persendirian hendaklah melapor diri di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya seminggu setelah berada di Negara Brunei Darussalam.  Pelajar-Pelajar hendaklah juga memaklumkan mengenai perkara ini kepada Unit Penuntut-Penuntut sebelum bertolak ke tanahair.

 

Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan semua pelajar keberkatan dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.

PAUTAN: