PEMAKLUMAN BAGI LATIHAN PENEMPATAN SEMENTARA DAN SUKARELAWAN DI NBD
28 November 2019
Sukacita menarik perhatian khususnya pelajar-pelajar Biasiswa kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda yang akan menggunakan kemudahan tambang kerajaan Biennial Leave semasa cuti musim panas diantara bulan Jun hingga September 2020.
2. Sebagai salah satu inisiatif Unit Penuntut-Penuntut dan Kementerian Pendidikan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada dunia pekerjaan sebenar bagi penuntut-penuntut yang sedang belajar di United Kingdom, setiap pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda biasiswa kerajaan adalah digalakkan untuk mengikuti latihan penempatan sementara semasa cuti musim panas di Negara Brunei Darussalam sekurang-kurangnya bagi tempoh TIDAK KURANG dari empat (4) minggu.
3. Syarat-syarat mengikuti Latihan Penempatan Sementara adalah seperti berikut:
3.1 Latihan hendaklah di adakan di Negara Brunei Darussalam sahaja sama ada agensi kerajaan ataupun swasta;
3.2 Setiap penuntut perlu mengenalpasti dua (2) buah jabatan/ kementerian/ pertubuhan/ syarikat yang berkaitan dengan kursus yang sedang diikuti;
3.3 Tempoh minima bagi latihan penempatan sementara bagi setiap agensi ialah selama tiga (3) minggu dan menjadikan keseluruhan latihan selama enam (6) minggu atau jika 1 jabatan sahaja latihan penempatan hendaklah dijalankan selama empat (4) ke enam (6) minggu.
3.4 Setiap penuntut yang berhasrat untuk menggunakan kemudahan tambang kerajaan Biennial Leave semasa cuti musim panas hendaklah terlebih dahulu menghadapkan Borang Penempatan Sementara (link).
3.5 Borang Latihan Penempatan Sementara hendaklah dihadapkan melalui UPP Online atau emel ke academic@upp.org.uk selewat-lewatnya pada 15 Januari 2020.
3.6. Pelajar juga dikehendaki menghantar CV bersama dengan Borang Latihan Penempatan Sementara tersebut.
4. Dalam hubungan ini, Unit Penuntut-Penuntut sukacita berharap para penuntut akan mengambil peluang baik ini untuk menimba pengalaman di bidang pekerjaan sebenar walaupun ianya tidak dimestikan. Penuntut-penuntut persendirian juga adalah dialu-alukan untuk menjalani latihan penempatan sementara. Walaubagaimanapun, latihan tersebut nanti adalah juga tertakluk kepada penerimaan dan kuota yang diperuntukkan oleh agensi-agensi yang dipohonkan oleh penuntut.
Sekian disampaikan untuk perhatian dan tindakan setiap penuntut mengenainya.