Peringatan Mengenai Visa Yang Mansuh

05 February 2019

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 07/2019   (Klik)

KEPADA:     SEMUA PELAJAR YANG BERADA DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND 
Dengan ini sukacita diingatkan kepada semua pelajar-pelajar mengenai dengan kepentingan visa Tier IV yang masih sah semasa berada di United Kingdom. 
Terdapat kejadian pelajar-pelajar yang telah ditahan semasa memasuki UK Border dan ‘deported’ semula ke negara yang mereka lawati (samada Negara Brunei Darussalam atau negara lain) kerana tidak mempunyai visa Tier IV yang sah. Berikutan kejadian ini, pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali keluar negeri dan masuk semula ke United Kingdom sekiranya visa Tier IV mansuh sebelum memasuki UK Border. Sebilangan pelajar mengambil risiko untuk masuk semula ke United Kingdom sebagai ‘visitor’ dan perkara ini adalah menjadi kesalahan dan ditegah sama sekali. 
Pelajar-pelajar dinasihatkan agar meninggalkan United Kingdom sebelum tarikh visa mansuh. Sekiranya pelajar ingin menyambung pengajian ke United Kingdom, pelajar hendaklah membuat permohonan visa yang baru (atau visa extension), samaada di Brunei atau di United Kingdom. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gov.uk/
Sekian untuk makluman dan perhatian pelajar-pelajar semua. 
Wassalam. 
MENJAYAKAN WAWASAN NEGARA  
  
Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas 
Pengarah Pengajian 
Unit Penuntut-Penuntut