Pelajar-Pelajar Biasiswa Kerajaan Dan SBPP Yang Berkelayakan Menerima Tambang Penerbangan Akhir Tahun
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 16/2019
Permakluman Bagi Pelajar-Pelajar Biasiswa Kerajaan Dan SBPP Yang Berkelayakan Menerima Tambang Penerbangan Akhir Tahun (Final Year)
Dengan hormat merujuk surat permakluman Unit Penuntut-Penuntut bilangan 11/2019 mengenai perkara bertajuk A. Urusan Tempahan Tiket Penerbangan bagi perenggan 4. Dan 7., sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang berhasrat untuk membuat tempahan sendiri hendaklah memaklumkan kepada pihak Unit Penuntut-Penuntut sebab-sebab kenapa pembelian dibuat atas perbelanjaan sendiri.
Jika pelajar berhasrat untuk membuat tuntutan tiket penerbangan hendaklah menghadapkan tiga(3) Sebutharga ‘3 Quotation’ dengan memilih kos yang terendah. Penerbangan hendaklah bagi satu hala sahaja London – Bandar Seri Begawan.
Dokumen yang wajib disertakan bersama dengan tuntutan adalah seperti berikut:-
- 3 Sebutharga(Quotation)
- Salinan Tiket Penerbangan
- Salinan Resit atau salinan ‘booking email’ atau Invoice
- Bank On-line Transaction(bukti pembayaran)
- Jika pembelian tiket dibuat oleh ibu/bapa, sila sertakan surat wakil pengesahan pembelian.
- Dokumen-dokumen yang tersebut di atas tidak boleh di ‘Copy and Paste’ atau ‘Screen Shot’.
Sehubungan itu dipohonkan agar semua pelajar yang berkenaan akan mengambil maklum mengenai perkara ini.
Sekian disampaikan.
Wassalam
Pg Ali Shafie bin Pg Haji Abas
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-penuntut London
PAUTAN: