Permakluman Kepada semua Doktor Perubatan Tahun Akhir yang sedang menjalani Latihan Foundation FY2 Sesi 2018/2019

17 May 2019

 Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bil: 23/2019

 Sukacita merujuk perkara di atas, doktor-doktor yang sedang berada di Tahun Akhir Latihan Foundation FY2 sesi 2018/2019 adalah diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara berikut.

 

  1. Tempahan Tiket Penerbangan
  2. Penghantaran Barang-Barang Peribadi Melalui Kapal Laut (Shipment) Ke Tanah air
  3. Laporan Perkembangan Latihan
  4. Melapor Diri ke Unit Penuntut-Penuntut (UPP) sebelum pulang ke tanah air
  5. Pembayaran Elaun Sara Hidup dan Elaun Perjalanan
  6. Urusan Tuntutan Perbelanjaan
  7. Urusan Melapor Diri di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan

 

Sehubungan dengan itu, semua Doktor boleh merujuk link yang berkaitan dengan perkara-perkara yang di atas. 

 

Bagi memastikan proses melapor diri berjalan dengan lancar, sila pastikan semua perkara yang berkaitan telah disediakan lebih awal sebelum datang melapor di UPP (sila rujuk “Jadual Melapor Diri dan Checklist sesi 2018/2019”). 

 

Seterusnya dipohonkan kerjasama doctor-doktor untuk memastikan borang tempahan penerbangan akan dihadapkan tidak lewat dari 31 Mei 2019 dan diemelkan kepada flightbooking@upp.org.uk. KELEWATAN menghantar borang boleh menyebabkan kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk tarikh yang dikehendaki. Manakala tempahan untuk penghantaran barang-barang melalui kapal laut ketanah air dibuat satu bulan setengah (1.5) atau 6 minggu daripada tarikh pengambilan dan penghantaran barang-barang.

 

Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan semua doktor keberkatan dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam berbagai bidang perkhidmatan perubatan di Kementerian Kesihatan nanti.

 

Sekian untuk makluman dan perhatian bersama mengenainya.

 

 

PAUTAN: