Permakluman Tuntutan Pembayaran Balik (Reimbursement) Tiket Penerbangan Dan Visa Bagi Pelajar Di Bawah (SBPP)
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL.35/2019
KEPADA: SEMUA PELAJAR PENERIMA SKIM BANTUAN PINJAMAN PENDIDIKAN
Permakluman Tuntutan Pembayaran Balik (Reimbursement) Tiket Penerbangan Dan Visa Bagi Pelajar Di Bawah Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP)
Dengan ini sukacita merujuk kepada surat yang diterima dari Bahagian Biasiswa (No. rujukan: KPE/UB/S/48 (SBPP) bertarikh 9 September 2019 mengenai dengan perkara di atas. Sehubungan dengan itu, sukacita memaklumkan bermula 1 Ogos 2019, tuntutan pembayaran balik (reimbursement) tiket penerbangan dan visa bagi pelajar di bawah Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) hanya dibenarkan dengan persyaratan berikut:
A. TUNTUTAN PEMBAYARAN BALIK (REIMBURSEMENT) KOS PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN:
- Pelajar hendaklah menggunakan kelas penerbangan ekonomi;
- Pembayaran balik tuntutan adalah berdasarkan harga terendah selepas membuat perbandingan daripada tiga (3) sebutharga(quotations) dengan mengutamakan penggunaan penerbangan Royal Brunei;
- Hanya dibenarkan kepada pelajar yang telah memohon untuk kos pembiayaan tiket penerbangan (flight entitlement) semasa menandatangani kontrak perjanjian;
- Tempoh menghadapkan tuntutan adalah seperti berikut:
4.1 Tiket Satu Hala (Tahun Pertama Pengajian)
Tempoh menghadapkan tuntutan: Enam (6) bulan daripada tarikh berangkat (departure date) ke negara pengajian.
4.2 Tiket Dua Hala Biennial
Tempoh menghadapkan tuntutan: Enam (6) bulan daripada tarikh terakhir berangkat (last departure date) iaitu tarikh berangkat dari Brunei ke London.
4.3 Tiket Satu Hala (Tahun Akhir Pengajian)
Tempoh menghadapkan tuntutan: Enam (6) bulan daripada tarikh berangkat (departure date) balik ke Negara Brunei Darussalam.
B. TUNTUTAN PEMBAYARAN BALIK (REIMBURSEMENT) KOS PEMBELIAN VISA:
- Hanya dibenarkan kepda pelajar yang telah memohon untuk kos pembiayaan visa semasa menandatangani kontrak perjanjian;
- Tempoh menghadapkan tuntutan adalah enam (6) bulan daripada tarikh visa dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, sukacita diperingatkan bahawa yuran pentadbiran sebanyak tiga peratus (3 %) masih dikenakan bermula tiga (3) bulan selepas tarikh tamat pengajian.
Sekian disampaikan untuk perhatian para pelajar yang berkenaan.
Wassalam
Pautan: