Permohonan Meninggi Tahap Pengajian Sesi 2020/2021

14 November 2019

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada Penuntut-Penuntut Biasiswa Kerajaan Tahun Akhir pengajian kursus Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan (Postgraduate) yang bukan diikatjanji sebagai Pendidik dan berhajat untuk Meninggi Tahap Pengajian bagi sesi pengajian September 2020/2021 adalah dipelawa untuk menghadapkan permohonan secara bertulis dan melengkapkan Borang Meninggi Tahap mengikut syarat-syarat yang dikuatkuasakan pada masa ini.   

2. Sehubungan itu, penuntut-penuntut adalah disarankan untuk membaca dan meneliti terlebih dahulu isi kandungan Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan Bilangan 11/2019 melalui link berikut sebelum membuat permohonan Meninggi Tahap. 
 
3. Borang Permohonan Meninggi Tahap Pengajian (2 pilihan sahaja mengikut keutamaan) yang telah lengkap diisikan hendaklah dihadapkan ke Unit Penuntut-Penuntut bermula 1 Februari 2020 dan tidak lewat dari 30 April 2020 (tarikh tutup penghantaran ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui UPP ialah pada 31 Mei 2020) dengan menyertakan maklumat dan dokumen berikut: 
  Dua (2) pilihan kursus mengikut keutamaan dan hendaklah daripada tajuk kursus yang disenaraikan di dalam Surat Pemberitahuan; 
  Kertas Kerja Cadangan (Proposal Dissertation) bagi permohonan Master by Research (sila rujuk Borang Meninggi Tahap bagi garispandu membuat Kertas Kerja Cadangan); 
  Surat sokongan daripada pihak universiti/ kolej; 
  Surat tawaran jika telah diperolehi (bagi yang belum menerima sebarang tawaran, hendaklah dihadapkan ke UPP sebaik sahaja diperolehi dengan segera); 
  Isi kandungan kursus (course content/ summary/ outline) yang dipohonkan;
  Keputusan tahun akhir keseluruhan jika telah diperolehi dan di sahkan oleh universiti untuk dihadapkan ke UPP atau jika belum ada boleh menghadapkan predicted result dengan seberapa segeranya; 

4. Penerima-penerima Skim Biasiswa Pinjaman Pendidikan dan penuntut-penuntut persendirian yang sedang mengikuti pengajian di United Kingdom dan berhasrat untuk memohon Biasiswa Kerajaan hendaklah memohon terus ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan sebagai permohonan baru.
  
5. Penuntut-penuntut yang berhasrat untuk mengikuti kursus lanjutan (Postgraduate) dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi adalah dikehendaki untuk mendapatkan sijil ATAS (Academic Technology Approval Scheme) sebelum memohon untuk mendapatkan visa.  
 
6. Sayugia juga diingatkan supaya pelajar-pelajar terlebih dahulu memahami dan meneliti syarat-syarat utama dan tambahan bagi memohon kursus Ijazah Lanjutan, Ikhtisas dan Ijazah Falsafah Kedoktoran sepertimana yang ditetapkan di dalam Surat-Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan dan membuat perancangan serta pemilihan kursus secara teratur sebelum menghadapkan permohonan Meninggi Tahap Pengajian bagi sesi 2020/ 2021.
  
7. Memandangkan pemakluman ini disiarkan lebih awal sebelum tarikh tutup, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk merancang dan menyediakan kertas cadangan lebih awal dan teratur terutama sekali sebelum peperiksaan akhir tahun. 
 
8. Sebagaimana lazimnya dan sedia maklum, proses penilaian adalah berpandukan kepada syarat-syarat yang tetah ditetapkan di dalam Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan termasuklah prestasi akademik, pemilihan kursus dan universiti serta sesi Multiple Mini Interview (MMI).
  
Borang Meninggi Tahap Pengajian Sesi 2020/21 boleh didapati daripada laman web www.upp.org.uk (link borang) 
  
Sekian disampaikan untuk makluman dan apa jua tindakan mengenainya.