Queen Elizabeth Commonwealth Scholarships (Qecs) 2020/2021 First Cycle

29 November 2019

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT Bil 39/2019

 

KEPADA:          SEMUA PENUNTUT-PENUNTUT NEGARA BRUNEI

DARUSSALAM YANG BELAJAR DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND

 

Per:      Queen Elizabeth Commonwealth Scholarships (QECS) 2020/2021 First Cycle

 

Sukacita bersama ini diedarkan salinan maklumat yang diterima daripada Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam London  bilangan BHCL: 17/119 bertarikh 09 Rabiulakhir 1441(H) / 06 Disember 2019 mengenai salinan emel bertarikh 27 November 2019 yang diterima daripada Dr. Joanna Newman, Ketua Eksekutif dan Setiausaha Agung Queen Elizabeth Commonwealth Scholarships mengenai biasiswa yang tersebut di atas.

 

Untuk makluman semua pelajar biasiswa atau persendirian QECS menawarkan biasiswa Ijazah Sarjana yang dibiayai sepenuhnya dan terbuka kepada semua warganegara Commonwealth termasul Negara Brunei Darussalam.  Biasiswa tersebut pada tahun akademik 2020/2021 akan dijalankan di low and middle-income countries iaitu Antigua & Barbuda, Bangladesh, Barbados, Eswatini, Ghana, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mauritius, Pakistan, Rwanda, Tanzania, Trinidad & Tobago, Uganda dan Zambia.

 

Untuk makluman pelajar semua, melalui biasiswa tersebut, pemohon yang berjaya dapat memilih dari pelbagai kursus dan akan bermanfaat dari kepakaran yang disediakan oleh universiti-universiti di negara-negara tersebut.  Biasiswa tersebut juga membolehkan pemohon yang berjaya untuk memperolehi kemahiran dan kelayakan baru semasa mengalami kehidupan di negara lain, yang mana mempunyai manfaat besar kepada individu dan negara asal serta komuniti.

 

Maklumat lanjut mengenai biasiswa tersebut, termasuk biasiswa yang ditawarkan dan cara memohon boleh didapati melalui laman web QECS berikut: www.acu.ac.uk/qecs.  Disertakan juga bersama risalah-risalah “Building Commonwealth Connections through Higher Education” mengenai butir-butir program QECS.  Proses permohonan akan tutup pada 15 Januari 2020.

 

Sekian disampaikan untuk makluman dan tindakan kepada semua pelajar selanjutnya.

 

“Perkhidmatan Awam Berintegriti Teras Kemakmuran Negara”

Wassalam

   

Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas

Pengarah Pengajian

bp Pesuruhjaya Tinggi

 

PAUTAN