Syarat-Syarat Pemilihan Tinggal Sebagai Penghuni Tetap, Brunei Hall Bagi Sesi Pengajian 2019/2020
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 19/2019
Syarat-Syarat Pemilihan Tinggal Sebagai Penghuni Tetap, Brunei Hall Bagi Sesi Pengajian 2019/2020
Sukacita menarik perhatian penuntut-penuntut yang berhasrat untuk memohon tinggal di Brunei Hall sebagai Penghuni Tetap bagi sesi pengajian 2019/2020 mengenai perkara tersebut diatas.
Untuk makluman bersama, berikut adalah syarat-syarat pemilihan untuk tinggal sebagai Penghuni Tetap di Brunei Hall:-
A. Syarat-syarat keutamaan:-
- Rakyat dan Penduduk Tetap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning dan merah.
- Bujang
- Tiada had umur
- Pelajar ‘A’ level, Diploma, HND, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD, Program Profesional dibawah Skim Biasiswa Kerajaan: MOE, MOFAT, MORA, DANA, BAS, MINDEF, UNISSA dan UBD yang menuntut di Pusat London mengikut kawasan tadahan Brunei Hall (mengikut garis panduan Komiti Brunei Hall). Pelajar yang tidak menerima elaun insentif bagi perumahan/tempat tinggal adalah diberi keutamaan.
- Pelajar persendirian yang mengikuti pengajian ‘A’ level, Diploma, Foundation, Diploma HND, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PHD, Program Profesional atau yang sebanding dengannya.
- Penempatan kerja wajib.
B. Penuntut-Penuntut yang tidak dapat dipertimbangkan:-
1. Pelajar yang mengambil jurusan:
- Tahun Latihan Asas kedoktoran atau Bidang Pakar.
- Latihan Farmasi Perubatan.
2. Pelajar yang sudah berkahwin.
Penuntut-Penuntut yang berhasrat untuk memohon tinggal sebagai Penghuni Tetap adalah dikehendaki melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati daripada laman web Unit Penuntut-Penuntut: www.upp.org.uk/forms, disertakan dengan salinan dokumen yang dipohonkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2019 dan bolehlah dihantar melalui emel kepada wn@upp.org.uk.
Sekian untuk makluman bersama mengenainya.
PAUTAN:
- Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bil: 19/2019 - Syarat-Syarat Pemilihan Tinggal Sebagai Penghuni Tetap, Brunei Hall Bagi Sesi Pengajian 2019/2020
- Borang Permohonan