Tawaran Kursus-Kursus Bagi Pelajar Antarabangsa Sesi 2020-2021 - SEARCA

10 April 2019

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 18 / 2019

KEPADA:         SEMUA PENUNTUT-PENUNTUT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BELAJAR DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND

Tawaran Kursus-Kursus Bagi Pelajar Antarabangsa Sesi 2020-2021

Southeast Asian Regional Centre for Graduate Study and Research in Agriculture – SEARCA

 

Dengan hormat sukacita bersama ini disampaikan maklumat yang diterima melalui emel daripada Puan Fifah Safry, Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan bertarikh 27 Mac 2019 yang berhubung kait dengan perkara di atas.

 

Sehubungan dengan itu, untuk makluman pelajar semua pihak  Southeast Asian Regional Centre for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) telah menjemput pelajar-pelajar dari Negara Brunei Darussalam untuk memohon biasiswa bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master Degree) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan bagi tahun akademik 2020-2021

 

Maklumat lanjut mengenainya dapat diperolehi di laman web SEARCA: https://www.searca.org/index.php/scholarship/graduate-scholarship. Borang permohonan hendaklah dikembalikan tidak lewat 31 Julai 2019.

 

Bersama ini, sebagai keterangan lanjut mengenai tawaran kursus tersebut, disampaikan surat daripada pihak Southeast Asian Regional Centre for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) bertarikh 5 Mac 2019.

Sekian disampaikan untuk makluman dan perhatian penuntut-penuntut sekalian.

Wassalam

 

Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut London

 

PAUTAN: