THE CHANCELLOR’S SCHOLAR UBD SESI 2019/2020
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 17/2019
KEPADA : PELAJAR – PELAJAR BERKENAAN
PERKARA: THE CHANCELLOR’S SCHOLAR UBD SESI 2019/2020
Dengan hormat sukacita bersama ini disampaikan makluman yang diterima melalui emel daripada Secretariat, The Chancellor’s Scholar, Universiti Brunei Darussalam bagi perkara di atas bertarikh 09 April 2019 mengenai tawaran The Chancellor’s Scholar UBD sesi 2019/2020 bagi penuntut-penuntut PhD dan kepada yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran PhD mereka di negara-negara masing-masing.
Untuk makluman, biasiswa The Chancellor’s Scholarship hanya khusus untuk pelajar dalam program PhD sahaja. Mana-mana yang berminat bolehlah menghadapkan permohonan mereka melalui emel ke chancellor.scholarship@ubd.edu.bn.
Tarikh tutup penerimaan bagi semua permohonan adalah pada 30 Jun 2019.
Sekian disampaikan untuk makluman dan perhatian para penuntut mengenainya.
Sekian. Wassalam
Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut London
PAUTAN:
- Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut bil: 17/2019
- Universiti Brunei Darussalam - The Chancellor's Scholar 2019/2020