12TH HONG KONG PhD FELLOWSHIP SCHEME
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT LONDON BILANGAN 25/2020
KEPADA: SEMUA PENUNTUT- PENUNTUT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
YANG BELAJAR DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND
PER: 12TH HONG KONG PhD FELLOWSHIP SCHEME
Dengan hormat emel bertarikh 22 September 2020 dari Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam adalah dirujuk.
Sehubungan dari itu, dimaklumkan bahawa pihak Research Grants Council of Hong Kong telah melancarkan Hong Kong PhD Fellowship Scheme kali ke-12 bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti PhD bagi sesi akademik 2021/2022.
Semua Pelajar yang berminat bolehlah melayari laman web www.ugc.edu.hk/eng/rgc/funding_opport/hkpfs/ untuk maklumat lanjut mengenainya.
Untuk makluman pelajar-pelajar, tarikh tutup bagi tawaran biasiswa tersebut adalah pada 01 Disember 2020.
Sekian disampaikan untuk makluman pelajar-pelajar mengenainya.
Wassalam,
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut London
PAUTAN
- Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut London Bilangan 25/2020 - 12th Hong Kong PhD Fellowship Scheme