Kajiselidik dan Online Poll-Memahami Kelakuan Anak Tempatan-Mencari Pekerjaan
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 13/2020
Kepada: Semua Penuntut- Penuntut Negara Brunei Darussalam
Yang Belajar Di United Kingdom Dan Ireland
Per: Kajiselidik Dan Online Poll Bagi Memahami Kelakuan Serta Faktor-Faktor
Tarikan Utama Bagi Anak Tempatan Didalam Mencari Pekerjaan
Dengan hormat sukacita bersama ini dihadapkan maklumat daripada Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) Jabatan Perdana Menteri yang telah ditubuhkan pada 18 November 2019. Visi MPEC ialah untuk menyediakan perancangan tenaga manusia yang efektif selaras dengan penjanaan pekerjaan dan kebolehpasaran anak tempatan.
Sehubungan dengan itu, Sekretariat Tetap MPEC telah melancarkan satu kajiselidik dan online poll bagi memahami kelakuan serta faktor-faktor tarikan utama bagi anak tempatan didalam mencari pekerjaan. Kajian ini dibukakan kepada anak-anak tempatan didalam linkungan umur bekerja (16-59 tahun), sama ada sudah mempunyai pekerjaan atau masih mencari pekerjaan.
Dengan itu, sukacita dipohonkan kerjasama semua pelajar bagi menyertai kaji selidik dan online poll ini melalui pautan dan kod QR berikut:
Kongsikan kepada pihak MPEC dengan mengisi kajian:
Sila klik pautan http://survey.sogosurvey.com/r/MPEC-Survey
Atau imbas kod QR ini - <sila klik>
Kongsikan kepada pihak MPEC dengan mengisi online poll:
Sila klik pautan ini: http://survey.sogosurvey.com/r/MPEC-Polls
Atau imbas kod QR ini - <sila klik>
Dalam hal ini, tidak lupa diucapkan terima kasih kerana meluangkan masa untuk menjawab kajiselidik ini dan online poll. Kami menghargai maklumat yang telah semua pelajar berikan. Jawapan yang diberikan akan dapat menyumbang didalam penggubalan dasar dan pelaksanaan langkah-langkah penyelesaian ke arah mengurangkan kadar pengangguran di Negara ini. Sebarang maklumat atau respons yang diberikan adalah sulit.
“ Jimat Air Amalan Mulia “
PG ALI SHAFIE BIN PG HAJI ABAS
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN