Memuat Naik Keputusan Peperiksaan bagi Sesi Pengajian 2019/2020 Melalui Online Portal UPP
22 July 2020
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN: 22/2020
Semua Penuntut Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan Skim Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan.
Dengan hormat sukacita menarik perhatian semua penuntut tahun akhir dan penuntut berterusan dibawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) berhubung perkara tersebut di atas.
Adalah difahami bahawa memandangkan pada masa ini penularan wabak COVID-19 telah melanda United Kingdom dan seluruh dunia yang mana salah satu kesannya ialah tatacara peperiksaan dijalankan.
PENUNTUT TAHUN AKHIR SESI 2019/2020
1. Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada semua penuntut tahun akhir yang Inshaa Allah akan menamatkan pengajian sesi 2019/2020 supaya akan dapat memuatnaik keputusan akhir peperiksaan sejurus diperolehi nanti TIDAK LEWAT DARI 15 SEPTEMBER 2020. Transkip keputusan akhir yang lengkap dengan nama penuntut hendaklah dimuatnaik melalui Online Portal UPP masing-masing. Kegagalan/kelambatan memuatnaik transkip masing-masing akan melambatkan proses tuntutan (jika ada) yang dibuat melalui Unit Penuntut-Penuntut mahupun di tanahair.
2. Dalam hal berkaitan, adalah difahami bahawa kebanyakan penuntut-penuntut tahun akhir sudah pun pulang dan berada di tanahair disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Oleh itu kepada semua penuntut-penuntut tahun akhir Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) adalah DIMESTIKAN untuk menghadapkan BORANG D dan BORANG MELAPOR DIRI (BAHAGIAN BIASISWA) kepada Pegawai Penyelaras Akademik melalui emel ac@upp.org.uk dan c.c kepada academic@upp.org.uk bagi urusan clearance dan penutupan tahun akademik.
3. Borang D boleh dimuat turun melalui laman sesawang UPP (Menu > Forms > Pelajar Tahun Akhir > Borang D)
PENUNTUT BERTERUSAN SESI 2019/2020
1. Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan (continuing students) yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2020/2021 atau seterusnya adalah dimestikan untuk memuat naik keputusan peperiksaan akhir tahun yang lengkap dengan nama penuh melalui UPP Online Portal selewat-lewatnya 1 Oktober 2020. Kegagalan/kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan proses pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.
2. Adalah difahami bahawa sebilangan universiti telah meniadakan peperiksaan bagi penuntut-penuntut dalam pengajian tahun satu (1) atau dua (2) disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Bagi penuntut-penuntut yang tidak ada menduduki peperiksaan dan dibenarkan oleh pihak universiti untuk meneruskan ke sesi pengajian seterusnya hendaklah menghadapkan;
i. Surat pengesahan dari pihak universiti yang memberi kebenaran untuk meneruskan pengajian seterusnya. (hendaklah dimuat naik dalam Online Portal masing-masing di bawah Submit Documentation > A01 (E) Academic Progress Report End of Year 2019/2020)
ii. Academic Progress Report dari pihak universiti/tutor/pensyarah masing-masing. Borang Academic Progress Report boleh dimuat turun dari laman sesawang Unit Penuntut-Penuntut. (Jika sudah ada, hendaklah dimuat naik dalam Online Portal masing-masing di bawah Submit End of Year Results)
Peringatan kepada semua penuntut:
1. Bagi penuntut-penuntut yang gagal peperiksaan dan DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan ulangan oleh pihak universiti hendaklah:
i. Menulis surat memohon kebenaran untuk menduduki peperiksaan ulangan (resit) kepada Pengarah Pengajian Unit Penuntut-Penuntut.
ii. Mengisi Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Ulangan (resit). (Borang boleh dimuat turun dari laman sesawang UPP: Menu>Forms>Pelajar Beterusan)
iii. Surat kebenaran dari pihak universiti untuk Menduduki Peperiksaan Ulangan (resit).
iv. Menghadapkan keputusan peperiksaan.
2. Bagi penuntut-penuntut yang gagal peperiksaan dan TIDAK DIBENARKAN menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit) oleh pihak Universiti (Mengulang ke Tahun Pengajian Baru) hendaklah;
i. Menulis surat memohon kebenaran untuk mengulang ke tahun pengajian baru kepada Pengarah Pengajian Unit Penuntut-Penuntut.
ii. Menghadapkan Surat Kebenaran/Pengesahan dari universiti untuk mengulang ke tahun pengajian baru.
iii. Menghadapkan keputusan peperiksaan/ transkrip
iv. Mendapatkan Academic Progress Report dari pihak universiti.
v. Semua dokumen tersebut hendaklah di emel kepada Pegawai Penyelaras Akademik.
3. Sebagai peringatan jika penuntut gagal didalam peperiksaan ulangan (resit) maka dengan sendirinya;
i. Biasiswa akan ditamatkan.
ii. Melapor ke UPP dengan segera (jika berada di United Kingdom).
iii. Pelajar dikehendaki balik ke tanah air (jika berada di United Kingdom).
iv. Akan diberikan tiket balik satu hala (jika berada di United Kingdom).
v. Melapor ke Bahagian Biasiswa dalam tempoh satu (1) minggu setelah pulang di tanah air.
Bagi sebarang pertanyaan, penuntut-penuntut bolehlah menghubungi Pegawai Penyelaras Akademik (0207 402 0045 ext 231, emel: ac@upp.org.uk ) dan Bahagian Akademik (0207 402 0045 ext 274, emel: academic@upp.org.uk )
Dengan itu pihak Unit-Penuntut-Penuntut mendoakan agar penuntut-penuntut akan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat, serta maju jaya dalam pengajian masing-masing