Panduan Permohonan VISA di VAC (Visa Application Centre) luar Negara - Pandemik COVID-19
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 23/2020
KEPADA: SEMUA PELAJAR BRUNEI YANG MENUNTUT DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND
Panduan Permohonan VISA di VAC (Visa Application Centre) luar Negara - Pandemik COVID-19
Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar berkenaan mengenai panduan permohonan VISA di VAC luar Negara bagi permohonan visa Tier 4 (student) dan pengecualian-pengecualian tertentu serta pelancaran penggunaan IDV app bagi menghadapkan biometric information sebagai gantian kepada biometric appointment.
Sehubungan itu, bagi pelajar-pelajar yang masih berada di United Kingdom ( kerana akan menduduki peperiksaan dan belum ada penerbangan balik) setelah visa Tier 4 mansuh adalah dinasihatkan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Coronavirus Immigration Team melalui CIH@homeoffice.co.uk.
Untuk makluman bersama perkara ini juga ini termasuk warga awam yang masih berada di United Kingdom setelah visa pelawat mansuh dan belum boleh membuat perjalanan pulang ke Negara Brunei Darussalam atas sebab-sebab tertentu.
Sila layari sesawang yang berkaitan mengenai perkara ini sebagai keterangan lanjut: https://www.gov.uk/guidance/coronavirus-covid-19-advice-for-uk-visa-applicants-and-temporary-uk-residents
Sekian disampaikan untuk makluman bersama
Didoakan semoga semua pelajar sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t. dan dihindarkan dari musibah penyakit COVID-19.
Wanita Penjana Ekonomi Negara Mantap
PG ALI SHAFIE BIN PG HJ ABAS
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN: