PERMAKLUMAN MENGENAI KAJISELIDIK "UK POST STUDY VISA FOR BRUNEIAN STUDENTS STUDYING IN UK UNIVERSITIES"

04 February 2020

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 6/2020

 

KEPADA: SEMUA PELAJAR PERSENDIRIAN, PELAJAR PENERIMA BIASISWA KERAJAAN & SBPP YANG BERADA DI UNITED KINGDOM

 

PER: PERMAKLUMAN MENGENAI KAJISELIDIK "UK POST STUDY VISA FOR BRUNEIAN STUDENTS STUDYING IN UK UNIVERSITIES"

 

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar-pelajar yang menuntut di United Kingdom bahawa Unit Penuntut-Penuntut akan menjalankan kajiselidik mengenai dengan dasar post-study visa kepada pelajar antarabangsa yang telah dimaklumkan oleh Kerajaan United Kingdom pada September 2019 yang lalu.

 

Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui pendapat para pelajar mengenai dengan dasar baru tersebut. Maklumbalas untuk dan padatan dari kajiselidik ini akan dikongsikan kepada Kementerian Pendidikan untuk apa jua perancangan yang berkenaan.

 

Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan semua pelajar untuk memberikan kerjasama dan meluangkan sedikit masa untuk menjawab kaji selidik tersebut sebelum/ pada 20 Februari 2020, melalui weblink yang akan dikongsikan oleh society leaders masing-masing.

 

Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama para pelajar semua

 

PAUTAN: