PERMAKLUMAN MENGENAI ONLINE SURVEY ON MENTAL WELL BEING OF BRUNEIAN STUDENTS IN THE UNITED KINGDOM AND IRELAND

07 January 2020

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL.1/2020

 

KEPADA: SEMUA PELAJAR PERSENDIRIAN, PELAJAR PENERIMA BIASISWA KERAJAAN & SBPP YANG BERADA DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND

 

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar-pelajar yang menuntut di United Kingdom dan Ireland bahawa Unit Penuntut-Penuntut akan menjalankan kajiselidik dalam talian (online survey) mengenai dengan isu kesihatan mental pelajar-pelajar sekalian. 
Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut permasalahan yang dihadapi oleh pelajar yang berkaitan dengan kesihatan mental dalam sama-sama menangani isu tersebut demi kesejahteraan para pelajar semua. 
Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan semua pelajar untuk memberikan kerjasama dan meluangkan sedikit masa untuk menjawab kaji selidik tersebut secara talian yang diemel kepada setiap pelajar. 
Bagi pelajar penerima biasiswa kerajaan dan SBPP, maklum balas para pelajar adalah dimestikan kerana maklumat ini adalah sangat berguna untuk membuat rancangan dan pelan tindakan pihak-pihak tertentu di masa akan datang. 
Bagi pelajar penerima biasiswa kerajaan dan SBPP, dimaklumkan juga kegagalan untuk memberikan maklum balas sebelum tarikh tutup akan menjejaskan pembayaran elaun bagi bulan April 2020. Sila rujuk jadual berikut untuk tarikh akhir penghantaran maklumbalas. 
  
PERKARA / TARIKH  
Permakluman melalui UPP Portal mengenai dengan Online Survey Isu Kesihatan Mental, dan penangguhan elaun bagi pelajar-pelajar biasiswa dan SBPP bagi bulan April 2020 sekiranya gagal memberikan maklum balas. Survey akan di emel kepada setiap pelajar.  - Tarikh :  6 Jan 2020 
 Tarikh akhir penghantaran maklum balas.    Tarikh: 27 Jan 2020 
 Susulan pertama melalui emel pelajar.  Tarikh: 2 Feb 2020 
 Susulan Kedua melalui emel pelajar.  Tarikh: 16 Feb 2020 
 Susulan Terakhir melalui emel pelajar.  Tarikh:  1 Mar 2020 
 Pengemaskinian maklum balas yang diterima dari pelajar. Nama-nama pelajar yang tidak memberikan maklumbalas akan dihadapkan kepada Ataci Kewangan untuk penangguhan elaun bulan April 2020. Tarikh:  15 Mar 2020 
Mana-mana pelajar yang menghantar maklumbalas selepas 15 Mar 2020, elaun bagi bulan April hanya akan dibayar pada 1 Mei 2020.
Kerjasama dari pelajar-pelajar untuk memberikan maklumat yang tepat adalah sangat diharapkan dan dengan ini diucapkan ribuan terima kasih.
  
PAUTAN