PERMAKLUMAN MENGENAI PERMOHONAN UNTUK BALIK BERCUTI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut BIL.14/2020
KEPADA: SEMUA PELAJAR PERSENDIRIAN, PELAJAR PENERIMA BIASISWA KERAJAAN & SBPP YANG BERADA DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND
PERMAKLUMAN MENGENAI PERMOHONAN UNTUK BALIK BERCUTI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar yang membuat permohonan untuk bercuti balik ke Negara Brunei Darussalam semasa pandemik COVID-19 hendaklah
1. |
memaklumkan kepada Unit Penuntut-Penuntut melalui emel welfare@upp.org.uk dan Cc kepada wo@upp.org.uk. mengenai tarikh perjalanan. |
2. |
melampirkan dokumen dari universiti masing-masing mengenai dengan permakluman penutupan universiti dan pembelajaran secara talian serta nasihat untuk pulang ke negara masing-masing |
3. |
melampirkan itinerari penerbangan. |
Jika pelajar gagal untuk menyertakan dokumen dari universiti, maka pelajar hendaklah menulis surat melalui emel ds@upp.org.uk untuk bertanggung jawab sekiranya pihak universiti mengambil tindakan yang berkaitan dengan hal-ehwal akademik pelajar, sekiranya pelajar gagal untuk pulang semula ke United Kingdom atau Ireland.
Setibanya sahaja di Negara Brunei Darussalam, para pelajar adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam.
Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada arahan daripada Kerajaan United Kingdom.
Didoakan semoga semua pelajar sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t dan dihindarkan dari musibah penyakit ini.
Sekian disampaikan.
“Jimat Air Amalan Mulia”
Wassalam
PG ALI SHAFIE BIN PG HJ ABAS
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN