Permakluman Tambang Kelayakan Biennial Leave/Tahun Akhir Dan Shipment

02 April 2020

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 15/2020 

 

 

KEPADA: SEMUA PELAJAR PENERIMA BIASISWA KERAJAAN DAN SBPP YANG BERADA DI UNITED KINGDOM & IRELAND
   
PERMAKLUMAN MENGENAI TAMBANG KELAYAKAN BIENNIAL LEAVE/TAHUN AKHIR DAN PENGHANTARAN BARANG-BARANG PERIBADI YANG BERKAITAN DENGAN PANDEMIK COVID-19  
 
Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar berkenaan mengenai perkara berikut: 
  
TEMPAHAN PENERBANGAN: 
Syarikat Royal Brunei telah menangguhkan semua perkhidmatan penerbangan dari United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam (LHR-BWN) sehingga 31hb Mei 2020.Tarikh ini juga tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
  
Semua borang-borang tempahan yang telah dihantar sebelumnya melalui flightbooking@upp.org.uk adalah DIBATALKAN memandangkan kebanyakan pelajar telah pulang dan berada di Negara Brunei Darussalam pada masa ini.  
 
Unit Penuntut-Penuntut akan menerima borang tempahan yang baru mulai 15 April 2020 bagi pelajar-pelajar yang berada di United Kingdom/Ireland. Bagi pelajar-pelajar yang berada di Negara Brunei Darussalam, borang-borang tempahan hanya akan diterima dan diproses setelah pelajar balik semula ke United Kingdom / Ireland.

 

Tarikh bagi semua tempahan ini juga akan diluluskan tertakluk kepada keadaan semasa pandemik COVID-19 mengikut arahan Kerajaan United Kingdom dan ianya akan diumumkan kemudian.

       
TEMPAHAN PENGHANTARAN BARANG-BARANG PERIBADI:   
Bagi pelajar-pelajar penerima biasiswa Kerajaan dalam pengajian tahun akhir sesi akademik 2019/2020 yang ingin membuat tempahan penghantaran barang-barang peribadi, adalah dimaklumkan bahawa tempahan bolehlah dibuat seperti biasa melalui emel shipment@upp.org.uk. Buat masa ini, barang-barang tempahan tersebut akan diambil dan disimpan di dalam stor syarikat penghantaran (shipping company) dan hanya akan dihantar setelah ada pelepasan dari Kerajaan United Kingdom.  
 
Didoakan semoga semua pelajar-pelajar sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t.dan dihindarkan dari musibah penyakit COVID-19.
  
Sekian disampaikan.  
 
Wassalam
 
 
PG ALI SHAFIE BIN PG HJ ABAS
Pengarah Pengajian 
Unit Penuntut-Penuntut, London

PAUTAN