Permakluman Penting Mengenai Coronavirus (COVID-19)

27 February 2020

Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bil 8/2020

 

Kepada: Semua Pelajar Persendirian, Pelajar Penerima Biasiswa Kerajaan & SBPP Yang Berada di United Kingdom

Permakluman Penting Mengenai Coronavirus (COVID-19)

 

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar yang menuntut di United Kingdom bahawa Unit Penuntut-Penuntut ingin memberikan peringatan sebagai langkah keselamatan mengenai dengan coronavirus (COVID -19).

 

Bagi pelajar yang pulang dari negara-negara berikut dalam masa 14 hari kebelakangan (China, Thailand, Japan, Republic of Korea, Hong Kong, Taiwan, Singapore, Malaysia atau Macau) dan menunjukkan tanda-tanda jangkitan ( seperti batuk, deman panas dan kesesakan nafas), adalah dinasihatkan dengan segera untuk berhubung dengan talian 111.  Bagi kawasan Northern Ireland, sila hubungi 0300 200 7885.  Dinasihatkan juga agar pelajar akan menghubungi Unit Penuntut-Penuntut dengan segera.

 

Langkah-langkah keselamatan juga ada dipaparkan di laman sesawang upp.org.uk dan pelajar-pelajar juga boleh melayari https://www.gov.uk/guidance/coronavirus-covid-19-information-for-the-public bagi maklumant terkini di United Kingdom dan nasihat mengenainya.

 

Didoakan agar semoga semua pelajar sentiasa dalam lindungi Allah s.w.t dan dihindarkan dari musibah penyakit ini.

 

Sekian disampaikan.

 

Menjayakan Wawasan Negara

 

Wassalam

 

Pg Ali Shafie bin Pg Hj Abas

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut.

 

PAUTAN: