Permakluman Terkini Mengenai Borang Tahun Akhir Pengajian Sesi 2019/2020 Pandemik COVID-19

29 May 2020

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT LONDON BILANGAN 19/2020

 

 

Kepada:          Semua Pelajar Tahun Akhir Pengajian Sesi  2019/2020 Biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam Di United Kingdom Dan Ireland

 

Permakluman Terkini Mengenai Borang Tahun Akhir Pengajian Sesi 2019/2020 Pandemik COVID-19

 

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar tahun akhir pengajian sesi 2019/2020 yang berkenaan bahawa Unit Penuntut-Penuntut telah menerima maklumat terkini mengenai status borang melapor diri setelah tamat pengajian semasa pandemic COVID-19

 

Sehubungan dengan itu, disampaikan perkara-perkara berikut:

 

Untuk maklumkan semua pelajar, sepertimana yang lazim dibuat oleh Bahagian Biasiswa setiap pelajar yang tamat pengajian (balik `for good`) akan melapor diri ke Bahagian Biasiswa selewat-lewatnya seminggu setelah berada di Negara Brunei Darussalam (rujukan : Buku Aturan-Aturan dan Peraturan-Peraturan Dermasiswa Ke Luar Negeri).

 

Bagi tujuan pengemaskinian dan pemantauan pelajar yang telah tamat pengajian, pihak Bahagian Biasiswa telah menambah satu Key Deliverable (KD) untuk mempastikan semua pelajar di dalam pemantauan bahagian ini.  Antara lain jua tujuan KD ini diusahakan ialah dengan adanya KD baharu ini Bahagian Biasiswa  akan dapat mengkongsisama data/status pelajar kepada yang menghendakinya seperti untuk Majlis Mesyuarat Negara, Stakeholder Kementerian-Kementerian maupun pihak Swasta. 

 

Oleh yang demikian pihak Bahagian Biasiswa memohon kerjasama semua pelajar tahun akhir pengajian sesi 2019/2020 untuk mempastikan mengikuti perkara berikut; 

 

  1. Sebelum pelajar diberikan tiket untuk balik ke Negara Brunei Darussalam (for good) pelajaradalah dimestikan terlebih dahulu mengisi Report Form Graduated Student untuk penuntut Biasiswa atau SBPP melalui link disediakan. Tiket penerbangan tidak akan diedarkan selagi pelajar sudah memenuhi permintaan seperti yang disyaratkan diatas dimana telah terbukti yang pelajar telah membuat sepertimana yang disarankan oleh pihak Bahagian Biasiswa.

 

  1. Memandangkan ketika ini Negara Brunei Darussalam masih dalam pengawalan penularan wabak COVID-19 maka semua pelajar adalah dikehendaki menghantar borang tersebut ke Bahagian Biasiswa melalui emel sahaja iaitu scholarship@moe.gov.bn dan salinan kepada Unit Penuntut-Penuntut London melalui emel finance@upp.org.uk

  

  1. Bagaimanapun merujuk pada keadaan semasa wabak COVID-19 serta nasihat Kementerian Kesihatan, pihak Bahagian Biasiswa akan memaklumkan kepadaPelajar sekiranya dikehendaki untuk Melapor Diri ke Bahagian Biasiswa.

 

Sukacita mengongsikan bahawa borang melapor diri bagi penuntut Biasiswa dan SBPP boleh dimuat turun daripada MOE website seperti berikut:-

 

  1. Borang Melapor Diri Balik for Good - Biasiswa -http://moe.gov.bn/Testing%20One/Students%20Form/Government%20Scholarship%20Students%20Report%20Form%20(Melapor%20Diri)%20-%20For%20Graduated%20Student.pdf

 

  1. Borang Melapor Diri Balik for Good - SBPP 

http://moe.gov.bn/Testing%20One/SBPP%20Form/SBPP%20Students%20Report%20Form%20-%20For%20Graduated%20Student.pdf

 

    3. Borang D - diisi oleh pelajar Tahun Akhir di United Kingdom & Ireland

 

Akhirnya, didoakan semoga semua pelajar sentiasa dalam perlindungan Allah subhanahu Wata’ala,  dan dihindarkan dari musibah penyakit COVID-19.

 

Wassalam

Keluarga Kukuh, Teras Masyarakat Sejahtera

  

Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

 

PAUTAN