Permakluman Terkini Mengenai Kelayakan Tambang Biennial Leave Dan Tahun Akhir

05 May 2020

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 17/2020

 

KEPADA: SEMUA PELAJAR PENERIMA BIASISWA KERAJAAN DAN SBPP YANG MENUNTUT DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND

 

Permakluman Terkini Mengenai Kelayakan Tambang Biennial Leave Dan Tahun Akhir

 

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar berkenaan bahawa Unit Penuntut-Penuntut telah menerima maklumat terkini mengenai status kelayakan tambang Biennial Leave dan Tahun Akhir 2020.

 

Sehubungan dengan itu, disampaikan perkara-perkara berikut:

 

i)    Pelajar yang mempunyai kelayakan Biennial Leave dan telah pulang ke Negara Brunei Darussalam adalah dengan sendirinya telah menggunakan kelayakan tersebut (dikira mengawalkan tarikh Biennial Leave). Bagi yang telah membuat membuat pembelian tiket sendiri, pelajar boleh membuat tuntutan pembayaran daripada Bahagian Biasiswa;

 

ii) Pelajar layak dihulurkan tiket penerbangan satu hala ke United Kingdom atau Ireland kecuali bagi yang telah menghadapkan tuntutan untuk pembayaran balik tiket dua hala;

 

iii)     Pelajar tahun akhir berhak menerima tiket Tahun Akhir (satu hala) ke Negara Brunei Darussalam seperti lazimnya;

 

iv) Bagi pelajar penerima SBPP, adalah diberikan pengecualian dan pembelian tiket yang digunakan tidak dimasukkan sebagai hutang SBPP, mengambil kira keadaan kecemasan susulan penularan pandemik COVID-19.

 

Sehubungan dengan perkara (i) dan (iii), permohonan bagi tambang kelayakan Biennial Leave dan Tahun Akhir hanya akan diterima bagi pelajar-pelajar yang masih berada di United Kingdom atau Ireland. Permohonan kelayakan tambang  tahun akhir (satu hala ke NBD) bagi pelajar yang masih berada di Negara Brunei Darussalam hanya akan diterima apabila pelajar telah berada di United Kingdom atau Ireland. 

 

Walau bagaimanapun, semua permohonan hanya akan diproses setelah syarikat Royal Brunei beroperasi semula dan tertakluk kepada keadaan keselamatan semasa pandemik COVID-19 mengikut arahan Kerajaan United Kingdom.

 

Akhirnya, didoakan semoga semua pelajar sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t. dan dihindarkan dari musibah penyakit COVID-19.

 

Sekian disampaikan.

 

WASSALAM

 

PG ALI SHAFIE BIN PG HJ ABAS

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

PAUTAN